My bookmarksSign up free
← Online Safety Act 2025

Online Safety Act 2025 s 66

Online Safety Act 2025 s 66

s 66 Admissibility of statement in evidence

(1) If any person is charged with an offence under this Act, any statement, whether the statement amounts to a confession or not or whether it is oral or in writing, made at any time, whether before or after the person is charged and whether in the course of an investigation under this Act or not and whether or not wholly or partly in answer to questions, by that person to or in the hearing of an authorized officer and whether or not interpreted to him by another officer or other person, shall be admissible in evidence at his trial and, if the person charged tenders himself as a witness, any such statement may be used in cross-examination and for the purpose of impeaching his credit. (2) No statement under subsection (1) shall be admissible or used— (a) if the making of the statement appears to the court to have been caused by any inducement, threat or promise having reference to the charge against such person proceeding from a person in authority and sufficient in the opinion of the court to give the person charged grounds which would appear to him reasonable for supposing that by making it he would gain any advantage or avoid any evil of a temporal nature in reference to the proceedings against him; or (b) in the case of a statement made by the person after his arrest, unless the court is satisfied that he was cautioned in the following words or words to the like effect: “It is my duty to warn you that you are not obliged to say anything or to answer any question, but anything you say, whether in answer to a question or not, may be given in evidence”. (3) A statement made by a person before there is time to caution him shall not be rendered inadmissible in evidence merely by reason of his not having been cautioned if he is cautioned as soon as possible after that.

Malay text (authoritative)

Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan

(1) Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan atau tidak atau sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan atau bertulis, dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam penjalanan suatu penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak dan sama ada atau tidak secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan atau tidak, oleh orang itu kepada atau dengan didengar oleh seorang pegawai diberi kuasa dan sama ada diterjemahkan kepadanya atau tidak oleh seorang pegawai lain atau orang lain, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya dan, jika orang yang dipertuduh itu mengemukakan dirinya sebagai seorang saksi, mana-mana pernyataan sedemikian boleh digunakan semasa pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya. (2) Tiada pernyataan di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan— (a) jika pembuatan pernyataan itu pada hemat mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada seseorang yang berkuasa dan cukup pada pendapat mahkamah untuk memberi orang yang dipertuduh itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk mengandaikan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa kelebihan atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkenaan dengan prosiding terhadapnya; atau (b) dalam hal suatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dengan perkataan yang berikut atau perkataan yang mempunyai maksud yang sama: “Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberikan amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan untuk menyatakan apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu nyatakan, sama ada sebagai jawapan kepada suatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan”. (3) Suatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang sebelum ada kesempatan untuk memberikan amaran kepadanya tidak boleh menjadikan pernyataan itu tidak boleh diterima sebagai keterangan hanya semata-mata kerana orang itu tidak diberi amaran jika dia diberi amaran secepat yang dapat dilaksanakan selepas itu.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 866 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next