My bookmarksSign up free
← Online Safety Act 2025

Online Safety Act 2025 s 67

Online Safety Act 2025 s 67

s 67 Forfeiture

(1) Any book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter seized under this Act may be liable to forfeiture. (2) An order for the forfeiture or for the release of any book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter liable to forfeiture under this section shall be made by the court before which the prosecution with regard to it has been held and an order for the forfeiture of the book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter shall be made if it is proved to the satisfaction of the court that an offence under this Act, has been committed and that the book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter was used in the commission of the offence despite the fact that no person may have been convicted of the offence or breach. (3) If there is no prosecution with regard to any book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter seized in the exercise of any power conferred under this Act, the book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter shall be taken or deemed to be forfeited at the expiration of twelve months from the date it was seized unless a claim to it is made before that date in the manner provided in this section. (4) A person asserting that he is the owner of any book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter seized under this Act and that the book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter is not liable to forfeiture may personally or by his agent authorized in writing by him give written notice to the Commission or any authorized officer of his claim. (5) Upon receipt of a notice under subsection (4), the Commission or any authorized officer shall, after such enquiry as may be necessary, direct that the book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter be released or forfeited or refer the case to a Sessions Court Judge for decision. (6) The Sessions Court Judge to whom the case is referred shall issue a summons requiring the person asserting that he is the owner of the book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter and the person from whom the book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter were seized to appear before him and upon his appearance or default to appear, after due service of the summons being proved, the Sessions Court Judge shall proceed to the examination of the case and on proof that an offence under this Act has been committed and that the book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter was the subject matter or was used in the commission of the offence, shall order the book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter to be forfeited or may, in the absence of such proof, order the release of the book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter to the person entitled to it. (7) Any book, account, document, computerized data, signboard, card, letter, pamphlet, leaflet, notice, facility, apparatus, equipment, device, thing or matter forfeited or deemed to be forfeited shall be delivered to the Commission or an authorized officer who shall dispose of it in the manner as the Commission deems fit.

Malay text (authoritative)

Pelucuthakan

(1) Apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan. (2) Suatu perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang boleh dilucuthakkan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu walaupun pada hakikatnya tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan atau pelanggaran itu. (3) Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita dalam penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu hendaklah dikira atau disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh dua belas bulan dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan dibuat kepadanya sebelum tarikh itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini. (4) Seorang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah Akta ini dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu tidak boleh dilucuthakkan boleh secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya memberikan notis secara bertulis kepada Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa mengenai tuntutannya. (5) Apabila menerima suatu notis di bawah subseksyen (4), Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa itu hendaklah, selepas siasatan yang perlu, mengarahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau merujukkan kes itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen bagi keputusan. (6) Hakim Mahkamah Sesyen yang kepadanya kes itu dirujuk hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu dan orang yang daripadanya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu disita supaya hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau tidak hadir, setelah dibuktikan saman itu telah disampaikan dengan wajar, Hakim Mahkamah Sesyen itu hendaklah meneruskan pemeriksaan kes itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu kepada orang yang berhak kepadanya. (7) Mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang dilucuthakkan atau disifatkan telah dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada Suruhanjaya atau seorang pegawai diberi kuasa yang hendaklah melupuskannya mengikut cara sebagaimana yang disifatkan patut oleh Suruhanjaya.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VIII β†’

Find Act 866 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next