s 2 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“member” means a member of the Council admitted as a member from any categories of membership as specified in section 7, and includes the Chairman of the Board as specified under subsection 9(3);
“non-media member” means individual including academician, media trainer, non-governmental organization, and public not from the media industry;
“media industry” means any—
(a) news agency, which is a news organization incorporated under any Malaysian law for the purpose of collecting, verifying, and disseminating news, information, images, and videos;
(b) newspaper organization, which is a news organization that publishes printed or digital reading materials on a daily or periodic basis;
(c) broadcaster, which is a radio or television station that broadcasts for public listening or viewing, including materials available in digital format via the internet;
(d) media practitioner;
(e) independent media practitioner;
(f) foreign media, which is a media company owned or controlled by foreign media organizations, who has media practitioners in Malaysia and publish news and journalism content in Malaysia or particularly about Malaysia;
(g) media publisher;
(h) media company; and
(i) media association,
but does not include the advertising industry, online service providers and entities that aggregate or develop news from other sources;
“journalism” means the practice of collecting, organizing, analysing and conveying information or news to the public done by journalists, bloggers, analysts or any person involved in publishing and shared whether in printed or digital form through any medium of publication, radio and television broadcasts, or digital media;
“Board” means the Board of Malaysian Media Council established under section 8 of this Act;
“Council” means the Malaysian Media Council established under section 3 of this Act;
“Minister” means the Minister charged with the responsibility for communications;
“media publisher” means an individual who is responsible for overseeing the publication or broadcasting of news content in print, online and broadcast media, in preparation of final published edition to the public;
“media practitioner” means a journalist, editor, photographer, videographer and graphic designer or any person involved in the creation, production and dissemination of content for a media company and such person shall be an employee of a media publisher;
“independent media practitioner” means a person producing news content for a media company but is not an employee or a person publishing news content and commentaries which are hosted on online media;
“Chairman” means the Chairman of the Board and the Council appointed under section 9 of this Act;
“media association” means any non-profit entity, trade union or association consist of media practitioners representing the interests and welfare of the media parties;
“media company” means an organization or business entity that creates, produces, distributes and manages media content in printed, broadcast or digital form, and shall have not less than ten media practitioners as employees of that media company.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ahli” ertinya ahli Majlis yang diterima menjadi ahli daripada mana-mana kategori keahlian yang dinyatakan dalam seksyen 7, dan termasuk Pengerusi Lembaga seperti yang dinyatakan di bawah subseksyen 9(3);
“ahli bukan media” ertinya individu termasuklah ahli akademik, pelatih media, pertubuhan bukan kerajaan, dan orang awam bukan daripada industri media;
“industri media” ertinya mana-mana—
(a) agensi berita, iaitu suatu pertubuhan berita yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang Malaysia bagi tujuan mengumpul, menentusahkan dan menyebarkan berita, maklumat, gambar dan video;
(b) pertubuhan akhbar, iaitu suatu pertubuhan berita yang menerbitkan bahan bacaan bercetak atau digital secara harian atau berkala;
(c) penyiar, iaitu suatu stesen radio atau televisyen yang menyiarkan untuk pendengaran atau tontonan orang awam, termasuklah bahan yang tersedia dalam format digital melalui internet;
(d) pengamal media;
(e) pengamal media bebas;
(f) media asing, iaitu suatu syarikat media yang dimiliki atau dikawal oleh pertubuhan media asing, yang mempunyai pengamal media di Malaysia dan menerbitkan kandungan berita dan kewartawanan di Malaysia atau terutamanya mengenai Malaysia;
(g) penerbit media;
(h) syarikat media; dan
(i) persatuan media,
tetapi tidak termasuk industri pengiklanan, penyedia perkhidmatan dalam talian dan entiti yang mengagregat atau membangunkan berita daripada sumber lain;
“kewartawanan” ertinya amalan mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan maklumat atau berita kepada orang awam yang dibuat oleh wartawan, penulis blog, penganalisis atau mana-mana orang yang terlibat dalam penerbitan dan dikongsi sama ada dalam bentuk bercetak atau digital melalui sebarang medium penerbitan, siaran radio dan televisyen, atau media digital;
“Lembaga” ertinya Lembaga Majlis Media Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 8 Akta ini;
“Majlis” ertinya Majlis Media Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta ini;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi;
“penerbit media” ertinya individu yang bertanggungjawab untuk mengawasi penerbitan atau penyiaran kandungan berita dalam media cetak, dalam talian dan media penyiaran, dalam penyediaan edisi penerbitan akhir kepada orang awam;
“pengamal media” ertinya seorang wartawan, editor, jurugambar, juruvideo dan pereka grafik atau mana-mana orang yang terlibat dalam penciptaan, pengeluaran dan penyebaran kandungan untuk syarikat media dan orang itu hendaklah merupakan seorang pekerja kepada penerbit media;
“pengamal media bebas” ertinya seseorang yang menghasilkan kandungan berita untuk syarikat media tetapi bukan seorang pekerja atau seseorang yang menerbitkan kandungan berita dan ulasan yang dihoskan melalui media dalam talian;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga dan Majlis yang dilantik di bawah seksyen 9 Akta ini;
“persatuan media” ertinya apa-apa entiti bukan berasaskan keuntungan, kesatuan sekerja atau persatuan yang dianggotai oleh pengamal media mewakili pihak berkepentingan dan kebajikan pihak media;
“syarikat media” ertinya sebuah organisasi atau entiti perniagaan yang mencipta, menghasilkan, mengedar dan mengurus kandungan media dalam bentuk bercetak, penyiaran atau digital, dan hendaklah mempunyai tidak kurang daripada sepuluh orang pengamal media sebagai pekerja syarikat media itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).