(1) There shall be a Parliamentary Service Appeal Committee to receive, consider and determine any appeal submitted by a member of the Parliamentary Service against the decision of the Parliamentary Service Promotion Committee and the Parliamentary Service Disciplinary Committee.
(2) The Parliamentary Service Appeal Committee shall consist of the following members:
(a) the President of the Senate as a Chairman;
(b) the Speaker of the House of Representatives as a Co-Chairman; and
(c) three members of the Parliamentary Service Council appointed by the Chairman and the Co-Chairman of the Parliamentary Service Council.
(3) If any member of the Parliamentary Service Appeal Committee has a direct or indirect interest in any matter being considered by the Parliamentary Service Appeal Committee, the member of the Parliamentary Service Appeal Committee shall disclose to the Parliamentary Service Appeal Committee the fact of his interest and the nature of that interest.
(4) A disclosure under subsection (3) shall be recorded in the minutes of the meeting in which the disclosure was made and, after the disclosure, the member of the Parliamentary Service Appeal Committee shall not be present and take part in the deliberation or decision of the Parliamentary Service Appeal Committee.
(5) Meetings of the Parliamentary Service Appeal Committee shall be co-chaired by the President of the Senate and the Speaker of the House of Representatives.
(6) Every member of the Parliamentary Service Appeal Committee present at the meeting shall be entitled to one vote.
(7) All questions raised in the meetings of the Parliamentary Service Appeal Committee shall be decided by the votes of the majority of members present and voting, and if the number of votes are equal, then the Chairman shall have the casting vote.
Malay text (authoritative)
Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen
(1) Hendaklah ada suatu Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen untuk menerima, menimbangkan dan memutuskan apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh seseorang anggota Perkhidmatan Parlimen terhadap keputusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen dan Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen.
(2) Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a) Yang di-Pertua Dewan Negara sebagai Pengerusi;
(b) Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai Pengerusi Bersama; dan
(c) tiga orang anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen yang dilantik oleh Pengerusi dan Pengerusi Bersama Majlis Perkhidmatan Parlimen.
(3) Jika mana-mana anggota Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen, anggota Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen itu hendaklah menzahirkan kepada Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen fakta kepentingannya dan jenis kepentingan itu.
(4) Suatu penzahiran di bawah subseksyen (3) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang penzahiran itu dibuat dan, selepas penzahiran itu, anggota Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen itu tidak boleh hadir dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen.
(5) Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen hendaklah dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
(6) Tiap-tiap anggota Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen yang hadir dalam mesyuarat berhak kepada satu undi.
(7) Semua soalan yang dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen hendaklah diputuskan melalui undi majoriti anggota yang hadir dan mengundi, dan jika bilangan undi sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).