My bookmarksSign up free
← Consumer Credit Act 2025

Consumer Credit Act 2025 s 2

Consumer Credit Act 2025 s 2

s 2 Application

(1) This Act shall apply to any person carrying on a credit business or credit service business involving a credit consumer except for the credit provided by a person as set out in Schedule 1. (2) Notwithstanding subsection (1), subsections 79(2) and (3) shall apply to any person carrying on a credit business as set out in paragraph 1 or paragraph 3 of Schedule 4 that does not involve a credit consumer. (3) Subject to subsection (5), this Act shall be read together with the relevant written laws and the provisions of this Act shall be in addition to, and not in derogation of, the provisions of such written laws, including the following: (a) the Financial Services Act 2013 [Act 758]; (b) the Islamic Financial Services Act 2013 [Act 759]; (c) the Development Financial Institutions Act 2002 [Act 618]; (d) the Capital Markets and Services Act 2007 [Act 671]; (e) the Securities Commission Malaysia Act 1993 [Act 498]; (f) the Hire-Purchase Act 1967 [Act 212]; (g) the Consumer Protection Act 1999 [Act 599]; (h) the Moneylenders Act 1951 [Act 400]; (i) the Pawnbrokers Act 1972 [Act 81]; (j) the Co-operative Societies Act 1993 [Act 502]; and (k) the Malaysia Co-operative Societies Commission Act 2007 [Act 665]. (4) Nothing in this Act shall remove or restrict the effect of, or prevent the reliance on— (a) any written law which imposes on a credit provider or credit service provider a duty stricter than that imposed under this Act; (b) any written law by which any term consistent with this Act is to be implied in a credit agreement; or (c) any term in any agreement in writing between a credit consumer with a credit provider or credit service provider, as the case may be, to the extent that the term— (i) imposes a stricter duty on the credit provider or credit service provider than that imposed under this Act; or (ii) provides a remedy more advantageous to the credit consumer than the remedies provided under this Act. (5) Where there is any conflict or inconsistency in the application of the provisions of this Act in cases involving credit providers or credit service providers regulated by the Securities Commission Malaysia, such cases shall be dealt with in accordance with the securities laws and guidelines issued by the Securities Commission Malaysia and the rules of exchange as approved by the Securities Commission Malaysia.

Malay text (authoritative)

Pemakaian

(1) Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang yang menjalankan suatu perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang melibatkan seorang pengguna kredit kecuali kredit yang diberi oleh seseorang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1. (2) Walau apa pun subseksyen (1), subseksyen 79(2) dan (3) hendaklah terpakai bagi mana-mana orang yang menjalankan suatu perniagaan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 atau perenggan 3 Jadual 4 yang tidak melibatkan seorang pengguna kredit. (3) Tertakluk kepada subseksyen (5), Akta ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan undang-undang bertulis yang berkaitan dan peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan undang-undang bertulis itu, termasuk yang berikut: (a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]; (b) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; (c) Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; (d) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]; (e) Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498]; (f) Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212]; (g) Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599]; (h) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400]; (i) Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81]; (j) Akta Koperasi 1993 [Akta 502]; dan (k) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665]. (4) Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh menghapuskan atau menyekat kesan, atau menghalang pergantungan kepada— (a) mana-mana undang-undang bertulis yang mengenakan ke atas suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit suatu kewajipan yang lebih ketat daripada yang dikenakan di bawah Akta ini; (b) mana-mana undang-undang bertulis yang mengikutnya apa-apa terma yang selaras dengan Akta ini dianggap tersirat dalam suatu perjanjian kredit; atau (c) apa-apa terma dalam apa-apa perjanjian secara bertulis antara seorang pengguna kredit dengan suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit, mengikut mana-mana yang berkenaan, setakat mana terma itu— (i) mengenakan suatu kewajipan yang lebih ketat ke atas pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit itu daripada yang dikenakan di bawah Akta ini; atau (ii) memperuntukkan suatu remedi yang lebih menguntungkan kepada pengguna kredit itu daripada remedi yang diperuntukkan di bawah Akta ini. (5) Jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan dalam pemakaian peruntukan Akta ini dalam hal yang melibatkan pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, hal itu hendaklah diuruskan mengikut undang-undang sekuriti dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan kaedah-kaedah bursa sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 873 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next