My bookmarksSign up free
← Consumer Credit Act 2025

Consumer Credit Act 2025 s 4

Consumer Credit Act 2025 s 4

s 4 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “this Act” includes any subsidiary legislation, standard or guidelines and notification made under this Act; “specify” means to specify in writing in any form including standards or guidelines, and a power to specify includes the power to specify differently for different persons or different classes, categories or descriptions of persons, credit businesses, credit service businesses, credit providers or credit service providers; “prescribe” means to prescribe by subsidiary legislation published in the Gazette, and a power to prescribe includes the power to prescribe differently for different persons or different classes, categories or descriptions of persons, credit businesses, credit service businesses, credit providers or credit service providers; “document” has the meaning assigned to it in section 3 of the Evidence Act 1950 [Act 56], and includes books as defined in the Companies Act 2016 [Act 777] and documents of title to assets; “property” means— (a) assets of every kind, whether corporeal or incorporeal, moveable or immovable, tangible or intangible, however acquired; (b) legal documents or instruments in any form, including electronic or digital, evidencing title to, or interest in, such assets, including bank credits, traveller’s cheques, bank cheques, money orders, shares, securities, bonds, drafts and letters of credit; or (c) any right, interest, title, claim, chose in action, power or privilege, whether present or future, or whether vested or contingent, in relation to any property, or which is otherwise of value; “individual” means a natural person; “Board Committee” means a committee of the Board established under section 18; “Advisory Committee” means the Advisory Committee established under section 36; “chief executive”, in relation to a body corporate, means the principal executive officer of such body for the time being, by whatever name called and whether or not he is a director; “computer” has the meaning assigned to it in section 3 of the Evidence Act 1950; “co-operative society” has the meaning assigned to it in section 2 of the Co-operative Societies Act 1993; “credit” means any arrangement, agreement or facility as set out in subsection 5(2); “Board” means the board of directors of the Commission referred to in section 9; “licence” means a licence granted under section 42; “liabilities” includes debts or obligations of every kind, whether present or future, or whether vested or contingent; “Shariah Advisory Council” means the Shariah Advisory Council established under section 51 of the Central Bank of Malaysia Act 2009 [Act 701] or section 31zi of the Securities Commission Malaysia Act 1993; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for finance; “Minister of Domestic Trade and Cost of Living” means the Minister charged with the responsibility for domestic trade and cost of living; “Minister of Housing and Local Government” means the Minister charged with the responsibility for housing and local government; “person” includes an individual, any sole proprietorship, corporation, statutory body, local authority, society, trade union, co-operative society, partnership and any other body, organization, association or group of persons, whether corporate or unincorporate; “computer output” means a statement or representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical, acoustic or other form— (a) produced by a computer; (b) displayed on the screen of a computer; or (c) accurately translated from a statement or representation so produced; “credit provider” means a person who carries on a credit business where the person— (a) is licensed under Part V of this Act; (b) is permitted to do so under any other written law; (c) is subject to the Hire-Purchase Act 1967; or (d) is subject to the Consumer Protection Act 1999; “Islamic credit provider” means a person who carries on an Islamic credit business where the person is authorized under this Act or other written laws; “credit service provider” means a person who carries on a credit service business where the person— (a) is registered under Part V of this Act; (b) is registered to do so under the Capital Markets and Services Act 2007; or (c) is a permit holder under the Hire-Purchase Act 1967; “Registrar” means the registrar of Islamic credit providers appointed under paragraph 35(2)(a); “registration” means a registration made under section 59; “director” has the meaning assigned to it in the Companies Act 2016, and includes a reference to a person occupying or acting in the position of a director of a corporation, by whatever name called and whether or not validly appointed to occupy, or duly authorized to act in, such position; “controller” means a person as defined in subsection 47(6) or subsection 64(6), as the case may be; “Executive Chairman” means the executive chairman of the Board appointed under section 9; “credit consumer” means any person as set out in subsection 5(1); “senior management” means a person appointed by a corporation to manage any part of its business or having authority and responsibility for the credit business, credit service business or business decisions of the corporation, by whatever name called and includes the chief executive and chief financial officer; “corporation” has the meaning assigned to it in section 3 of the Companies Act 2016; “credit agreement” means an agreement entered into between a credit provider and a credit consumer to provide credit; “arrangement” means an arrangement whether formal or informal, oral or written, express or implied; “credit business” means any business, whether conventional or Islamic as set out in Schedule 2; “Islamic credit business” means any business as set out in paragraph 2 of Schedule 2; “credit service business” means any business providing services relating to credit as set out in Schedule 3; “body corporate” means a person incorporated by or under any written law, and includes a corporation or statutory body, public authority or other authority, incorporated by or under a written law; “micro or small enterprise” refers to an enterprise that qualifies as a micro or small enterprise as defined based on the size of its operation, by the National Small and Medium Enterprises Development Council established under the Small and Medium Enterprises Corporation Malaysia Act 1995 [Act 539]; “Regulatory and Supervisory Authority” means any body as set out under subsection 34(1); “premises” includes any land, building, structure, place or vehicle, whether permanent or temporary; “standards or guidelines” includes any obligation or requirement as specified by the Commission or a Regulatory and Supervisory Authority under section 123; “Commission” means the Consumer Credit Commission established under section 6; “company” has the meaning assigned to it in subsection 2(1) of the Companies Act 2016; “Deputy Registrar” means the deputy registrar of Islamic credit providers appointed under paragraph 35(2)(a); “Deputy Executive Chairman” means the deputy executive chairman of the Board appointed under section 9; “securities laws” has the meaning assigned to it in subsection 2(1) of the Securities Commission Malaysia Act 1993.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari, standard atau garis panduan dan pemberitahuan yang dibuat di bawah Akta ini; “ditentukan” ertinya untuk menentukan secara bertulis dalam apa-apa bentuk termasuk standard atau garis panduan, dan suatu kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang, perniagaan kredit, perniagaan perkhidmatan kredit, pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang berlainan; “ditetapkan” ertinya untuk ditetapkan melalui perundangan subsidiari yang disiarkan dalam Warta, dan suatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk menetapkan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang, perniagaan kredit, perniagaan perkhidmatan kredit, pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang berlainan; “dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], dan termasuklah buku sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan dokumen hakmilik kepada aset; “harta” ertinya— (a) tiap-tiap jenis aset, sama ada yang zahir atau tidak zahir, alih atau tak alih, yang ketara atau tidak ketara, walau bagaimana diperoleh; (b) dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang menjadi keterangan tentang hakmilik kepada, atau kepentingan dalam, aset itu, termasuk kredit bank, cek kembara, cek bank, kiriman wang, syer, sekuriti, bon, draf dan surat kredit; atau (c) apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, berhubung dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai; “individu” ertinya orang sebenar; “Jawatankuasa Lembaga” ertinya suatu jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 18; “Jawatankuasa Penasihat” ertinya Jawatankuasa Penasihat yang ditubuhkan di bawah seksyen 36; “ketua eksekutif”, berhubung dengan suatu pertubuhan perbadanan, ertinya pegawai eksekutif utama perbadanan itu pada masa ini, dengan apa jua namanya digelar dan sama ada dia seorang pengarah atau tidak; “komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950; “koperasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “kredit” ertinya apa-apa perkiraan, perjanjian atau kemudahan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 5(2); “Lembaga” ertinya lembaga pengarah Suruhanjaya yang disebut dalam seksyen 9; “lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 42; “liabiliti” termasuklah hutang atau tiap-tiap jenis tanggungan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen; “Majlis Penasihat Shariah” ertinya Majlis Penasihat Shariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 51 Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701] atau seksyen 31zi Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup; “Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan; “orang” termasuklah seorang individu, mana-mana pemilikan tunggal, perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian dan mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan; “output komputer” ertinya suatu penyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau bentuk lain— (a) dikeluarkan oleh suatu komputer; (b) ditayangkan pada skrin suatu komputer; atau (c) diterjemahkan dengan tepat daripada suatu penyataan atau gambaran yang dikeluarkan sedemikian; “pemberi kredit” ertinya seseorang yang menjalankan suatu perniagaan kredit jika orang itu— (a) dilesenkan di bawah Bahagian V Akta ini; (b) dibenarkan untuk berbuat sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; (c) tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967; atau (d) tertakluk kepada Akta Perlindungan Pengguna 1999; “pemberi kredit Islam” ertinya seseorang yang menjalankan suatu perniagaan kredit Islam jika orang itu diberi kuasa di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis lain; “pemberi perkhidmatan kredit” ertinya seseorang yang menjalankan suatu perniagaan perkhidmatan kredit jika orang itu— (a) didaftarkan di bawah Bahagian V Akta ini; (b) didaftarkan untuk berbuat sedemikian di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; atau (c) merupakan seorang pemegang permit di bawah Akta Sewa Beli 1967; “Pendaftar” ertinya pendaftar pemberi kredit Islam yang dilantik di bawah perenggan 35(2)(a); “pendaftaran” ertinya suatu pendaftaran yang dibuat di bawah seksyen 59; “pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 2016, dan termasuklah suatu sebutan kepada seseorang yang menduduki tempat atau bertindak dalam kedudukan sebagai seorang pengarah sesuatu perbadanan, dengan apa jua namanya digelar dan sama ada dilantik dengan sah atau tidak untuk menduduki tempat, atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak, dalam kedudukan itu; “pengawal” ertinya seseorang sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 47(6) atau subseksyen 64(6), mengikut mana-mana yang berkenaan; “Pengerusi Eksekutif” ertinya pengerusi eksekutif Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 9; “pengguna kredit” ertinya mana-mana orang sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 5(1); “pengurusan kanan” ertinya seseorang yang dilantik oleh suatu perbadanan untuk menguruskan mana-mana bahagian perniagaannya atau mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk perniagaan kredit, perniagaan perkhidmatan kredit atau keputusan perniagaan perbadanan itu, dengan apa jua namanya digelar dan termasuklah ketua eksekutif dan ketua pegawai kewangan; “perbadanan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Syarikat 2016; “perjanjian kredit” ertinya suatu perjanjian yang dibuat antara suatu pemberi kredit dengan seorang pengguna kredit untuk memberikan kredit; “perkiraan” ertinya suatu perkiraan sama ada formal atau tidak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat; “perniagaan kredit” ertinya mana-mana perniagaan, sama ada konvensional atau Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2; “perniagaan kredit Islam” ertinya mana-mana perniagaan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2 Jadual 2; “perniagaan perkhidmatan kredit” ertinya mana-mana perniagaan memberi perkhidmatan yang berhubungan dengan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3; “pertubuhan perbadanan” ertinya seseorang yang diperbadankan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan termasuklah suatu perbadanan atau badan berkanun, pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa yang lain, yang diperbadankan oleh atau di bawah suatu undang-undang bertulis; “perusahaan mikro atau kecil” merujuk kepada suatu perusahaan yang layak sebagai suatu perusahaan mikro atau kecil sebagaimana yang ditakrifkan berdasarkan saiz operasinya, oleh Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia 1995 [Akta 539]; “Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan” ertinya mana-mana badan sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 34(1); “premis” termasuklah apa-apa tanah, bangunan, struktur, tempat atau kenderaan, sama ada tetap atau sementara; “standard atau garis panduan” termasuklah apa-apa obligasi atau kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan di bawah seksyen 123; “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Kredit Pengguna yang ditubuhkan di bawah seksyen 6; “syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Syarikat 2016; “Timbalan Pendaftar” ertinya timbalan pendaftar pemberi kredit Islam yang dilantik di bawah perenggan 35(2)(a); “Timbalan Pengerusi Eksekutif” ertinya timbalan pengerusi eksekutif Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 9; “undang-undang sekuriti” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 873 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next