My bookmarksSign up free
← Cross-Border Insolvency Act 2026

Cross-Border Insolvency Act 2026 s 29

Cross-Border Insolvency Act 2026 s 29

s 29 Coordination of proceedings under Malaysian insolvency law and foreign proceedings

Where foreign proceedings and proceedings under Malaysian insolvency law are taking place concurrently regarding the same debtor, the Court may seek cooperation and coordination under sections 25, 26 and 27, and the following matters shall apply: (a) when the proceedings in Malaysia are taking place at the time the application for recognition of foreign proceedings is filed— (i) any relief granted under section 19 or 21 shall be consistent with the proceedings in Malaysia; and (ii) if the foreign proceedings are recognized in Malaysia as foreign main proceedings, section 20 shall not apply; (b) when the proceedings in Malaysia are commenced after the filing of an application for recognition of foreign proceedings or after recognition is granted— (i) any relief granted which is in effect under section 19 or 21 shall be reviewed by the Court and, if inconsistent with the proceedings in Malaysia, shall be modified or set aside; (ii) if the foreign proceedings are foreign main proceedings, the stay and suspension under subsection 20(1) shall be modified or set aside under subsection 20(6), if inconsistent with the proceedings in Malaysia; and (iii) any proceedings brought by the foreign representative under subsection 23(1) prior to the commencement of the proceedings in Malaysia shall be subject to review by the Court and the Court may give such directions as it deems fit regarding the continuance of those proceedings; and (c) in granting, extending or modifying any relief given to a foreign representative of foreign non-main proceedings, the Court shall be satisfied that the relief relates to— (i) property that, under the laws of Malaysia, should be administered in the foreign non-main proceedings; or (ii) information required in the foreign non-main proceedings.

Malay text (authoritative)

Penyelarasan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia dan prosiding asing

Jika prosiding asing dan prosiding di bawah undang-undang insolvensi Malaysia sedang berjalan secara serentak mengenai penghutang yang sama, Mahkamah boleh memohon kerjasama dan penyelarasan di bawah seksyen 25, 26 dan 27, dan perkara yang berikut hendaklah terpakai: (a) apabila prosiding di Malaysia sedang berjalan pada masa permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing itu difailkan— (i) apa-apa relief yang diberikan di bawah seksyen 19 atau 21 hendaklah selaras dengan prosiding di Malaysia; dan (ii) jika prosiding asing itu diiktiraf di Malaysia sebagai prosiding utama asing, seksyen 20 tidak terpakai; (b) apabila prosiding di Malaysia dimulakan selepas pemfailan suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding asing atau selepas pengiktirafan diberikan— (i) apa-apa relief yang diberikan yang berkuat kuasa di bawah seksyen 19 atau 21 hendaklah dikaji semula oleh Mahkamah dan, jika tidak selaras dengan prosiding di Malaysia, hendaklah diubah suai atau diketepikan; (ii) jika prosiding asing itu merupakan prosiding utama asing, penangguhan dan penggantungan di bawah subseksyen 20(1) hendaklah diubah suai atau diketepikan di bawah subseksyen 20(6), jika tidak selaras dengan prosiding di Malaysia; dan (iii) apa-apa prosiding yang dibawa oleh wakil asing di bawah subseksyen 23(1) sebelum prosiding di Malaysia dimulakan hendaklah tertakluk kepada kajian semula oleh Mahkamah dan Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut mengenai penerusan prosiding itu; dan (c) dalam memberikan, melanjutkan atau mengubah suai apa-apa relief yang diberikan kepada seseorang wakil asing bagi prosiding bukan utama asing, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa relief itu berkaitan dengan— (i) harta yang, di bawah undang-undang Malaysia, patut ditadbir dalam prosiding bukan utama asing itu; atau (ii) maklumat yang dikehendaki dalam prosiding bukan utama asing itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 877 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next