s 30 Coordination in respect of more than one foreign proceedings
For the purposes of this Act, in respect of more than one foreign proceedings regarding the same debtor, the Court may seek cooperation and coordination under sections 25, 26 and 27, and the following matters shall apply:
(a) any relief granted under section 19 or 21 to a representative of foreign non-main proceedings after recognition of foreign main proceedings shall be consistent with the foreign main proceedings;
(b) if the foreign main proceedings are recognized after the filing of an application for recognition of foreign non-main proceedings, any relief granted under section 19 or 21 shall be reviewed by the Court and shall be modified or set aside if inconsistent with the foreign main proceedings; and
(c) if, after recognition of foreign non-main proceedings, another foreign non-main proceedings are recognized, the Court may grant, modify or set aside any relief for the purpose of facilitating coordination of those proceedings.
Malay text (authoritative)
Penyelarasan berkenaan dengan lebih daripada satu prosiding asing
Bagi maksud Akta ini, berkenaan dengan lebih daripada satu prosiding asing mengenai penghutang yang sama, Mahkamah boleh memohon kerjasama dan penyelarasan di bawah seksyen 25, 26 dan 27, dan perkara yang berikut hendaklah terpakai:
(a) apa-apa relief yang diberikan di bawah seksyen 19 atau 21 kepada seseorang wakil bagi prosiding bukan utama asing selepas pengiktirafan prosiding utama asing hendaklah selaras dengan prosiding utama asing itu;
(b) jika prosiding utama asing diiktiraf selepas pemfailan suatu permohonan bagi pengiktirafan prosiding bukan utama asing, apa-apa relief yang diberikan di bawah seksyen 19 atau 21 hendaklah dikaji semula oleh Mahkamah dan hendaklah diubah suai atau diketepikan jika tidak selaras dengan prosiding utama asing itu; dan
(c) jika, selepas pengiktirafan prosiding bukan utama asing, prosiding bukan utama asing lain telah diiktiraf, Mahkamah boleh memberikan, mengubah suai atau mengetepikan apa-apa relief bagi maksud memudahkan penyelarasan prosiding-prosiding itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).