s 87 Sentences within competence of First Class Magistrate
(1) A First Class Magistrate may pass any sentence allowed by law not exceeding—
(a) five years’ imprisonment;
(b) a fine of ten thousand ringgit;
(c) whipping up to twelve strokes; or
(d) any sentence combining any of the sentences aforesaid:
Provided that where, by any law for the time being in force, jurisdiction is given to the Court of any Magistrate to award punishment for any offence in excess of the power prescribed by this section, a First Class Magistrate may, notwithstanding anything herein contained, award the full punishment authorized by that law.
(2) Notwithstanding subsection (1), where a First Class Magistrate has convicted any person and it appears that, by reason of any previous conviction or of his antecedents, a punishment in excess of that prescribed by subsection (1) should be awarded, then the First Class Magistrate may award the full punishment authorized by law for the offence of which the person has been convicted and shall record his reason for so doing.
Malay text (authoritative)
Hukuman dalam kewibawaan Majistret Kelas Pertama
(1) Seorang Majistret Kelas Pertama boleh menjatuhkan apaapa hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang tidak melebihi—
(a) lima tahun pemenjaraan;
(b) denda sebanyak sepuluh ribu ringgit;
(c) sebat sebanyak dua belas kali; atau
(d) apa-apa hukuman yang menggabungkan mana-mana daripada hukuman yang disebut terdahulu:
Dengan syarat bahawa jika, melalui mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, bidang kuasa diberikan kepada Mahkamah mana-mana Majistret untuk mengawardkan hukuman bagi apa-apa kesalahan yang melebihi kuasa yang ditetapkan oleh seksyen ini, seorang Majistret Kelas Pertama boleh, walau apa pun yang terkandung dalam seksyen ini, mengawardkan hukuman penuh yang dibenarkan oleh undang-undang itu.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika seorang Majistret Kelas Pertama telah mensabitkan mana-mana orang dan ternyata bahawa, oleh sebab apa-apa sabitan dahulu atau latar belakangnya, suatu hukuman yang melebihi hukuman yang ditetapkan oleh subseksyen
(1) patut diawardkan, Majistret Kelas Pertama itu boleh mengawardkan hukuman penuh yang dibenarkan oleh undangundang bagi kesalahan yang mengenainya orang itu telah disabitkan dan hendaklah merekodkan sebab dia berbuat demikian.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).