s 97 Penguatkuasaan perintah Mahkamah Penghulu
(1) Sekiranya apa-apa perintah yang sah dibuat oleh Mahkamah Penghulu tidak dipatuhi, Mahkamah itu boleh melaporkan perkara itu, bersama dengan suatu salinan segala prosiding mengenainya, kepada Mahkamah Majistret, dan sesudah itu Mahkamah Majistret boleh menguatkuasakan perintah itu seolah-olah perintah itu ialah suatu perintah yang dibuat olehnya. (2) Bagi maksud menguatkuasakan apa-apa perintah sedemikian Mahkamah Majistret boleh menjalankan apa-apa kuasa atau membuat apa-apa perintah tambahan yang mungkin dijalankan atau dibuat olehnya jika perintah yang kena dikuatkuasakan itu telah dibuat olehnya pada mulanya. †*BAHAGIAN IX JAKSA PENDAMAI