Specific Relief Act 1950 s 38
s 38 When cancellation may be ordered
(1) Any person against whom a written instrument is void or voidable, who has reasonable apprehension that such instrument, if left outstanding, may cause him serious injury, may sue to have it adjudged void or voidable, and the court may, in its discretion, so adjudge it and order it to be delivered up and cancelled.
(2) If the instrument has been registered under any law in force for the time being relating to the registration of documents, the court shall also send a copy of its decree to the officer in whose office the instrument has been so registered; and that officer shall note on the copy of the instrument contained in his books the fact of its cancellation.
(a) A, the owner of a ship, by fraudulently representing her to be seaworthy, induces B, an underwriter, to insure her. B may obtain the cancellation of the policy.
(b) A conveys land to B, who bequeaths it to C and dies. There upon D gets possession of the land and produces a forged instrument stating that the conveyance was made to B in trust for him. C may obtain the cancellation of the forged instrument.
(c) A agrees to sell and deliver a ship to B, to be paid for by B’s acceptances of four bills of exchange, for sums amounting to RM30,000 to be drawn by A on B. The bills are drawn and accepted, but the ship is not delivered according to the agreement. A sues B on one of the bills. B may obtain the cancellation of all the bills.
Malay text (authoritative)
Bila pembatalan boleh diperintahkan
(1) Mana-mana orang yang terhadapnya suatu surat cara bertulis tidak sah atau boleh batal, yang mempunyai kebimbangan munasabah bahawa surat cara itu, jika tidak diselesaikan, boleh menyebabkan kerugian yang serius kepadanya, boleh membawa guaman supaya surat cara itu diputuskan tidak sah atau boleh batal, dan mahkamah atas budi bicaranya, boleh memutuskan sedemikian dan memerintahkan supaya surat cara itu diserahkan dan dibatalkan.
(2) Jika surat cara itu telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran dokumen, mahkamah hendaklah juga menghantar satu salinan dekrinya kepada pegawai yang di pejabatnya surat cara itu telah didaftarkan; dan pegawai itu hendaklah mencatatkan di atas salinan surat cara yang terkandung di dalam bukunya fakta tentang pembatalan surat cara itu.
(a) A, pemunya sebuah kapal, dengan menyatakan secara tipuan bahawa kapal itu layak layar, mendorong B seorang pengunderait untuk menginsuranskan kapal itu. B boleh mendapatkan pembatalan polisi itu.
(b) A memindahhakkan tanah kepada B yang membekueskannya kepada C dan B mati. Kemudiannya D mendapat milikan tanah itu dan mengemukakan suatu surat cara palsu yang menyatakan bahawa pemindahhakan itu telah dibuat kepada B sebagai amanah untuknya. C boleh mendapatkan pembatalan surat cara palsu itu.
(c) A bersetuju untuk menjual dan menghantarserahkan sebuah kapal kepada B, yang hendaklah dibayar oleh B apabila menerima empat bil pertukaran, yang berjumlah sebanyak RM30,000 untuk dikeluarkan oleh A ke atas B. Bil itu dikeluarkan dan diterima, tetapi kapal itu tidak dihantarserahkan menurut perjanjian itu. A mendakwa B atas salah satu daripada bil itu. B boleh mendapatkan pembatalan kesemua bil itu.
Read this section in the full act → · Open Chapter V →
Find Act 137 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).