My bookmarksSign up free
← Specific Relief Act 1950

Specific Relief Act 1950 s 41

Specific Relief Act 1950 s 41

s 41 Discretion of court as to declaration of status or right

Any person entitled to any legal character, or to any right as to any property, may institute a suit against any person denying, or interested to deny, his title to the character or right, and the court may in its discretion make therein a declaration that he is so entitled, and the plaintiff need not in that suit ask for any further relief: Provided that no court shall make any such declaration where the plaintiff, being able to seek further relief than a mere declaration or title, omits to do so. Explanation—A trustee of property is a “person interested to deny” a title adverse to the title of someone who is not in existence, and for whom, if in existence, he would be a trustee. (a) A bequeaths his property to B, C and D, “to be equally divided amongst all and each of them, if living at the time of my death, then amongst their surviving children”. No such children are in existence. In a suit against A’s executor, the court may declare whether B, C and D took the property absolutely, or only for their lives, and it may also declare the interests of the children before their rights are vested. (b) A covenants that, if he should at any time be entitled to property exceeding RM100,000, he will settle it upon certain trusts. Before any such property accrues, or any persons entitled under the trusts are ascertained, he institutes a suit to obtain a declaration that the covenant is void for uncertainty. The court may make the declaration. (c) A is in possession of certain property. B, alleging that he is the owner of the property, requires A to deliver it to him. A may obtain a declaration of his right to hold the property. (d) A bequeaths property to B for his life, with remainder to B’s wife and her children, if any, by B, but, if B die without any wife or children to C, B has a putative wife, D, and children, but C denies that B and D were ever lawfully married; D and her children may, in B’s lifetime, institute a suit against C and obtain therein a declaration that they are truly the wife and children of B.

Malay text (authoritative)

Budi bicara mahkamah tentang perisytiharan status atau hak

Mana-mana orang yang berhak kepada apa-apa sifat di sisi undang-undang, atau kepada apa-apa hak terhadap mana-mana harta, boleh memulakan suatu guaman terhadap mana-mana orang yang menafikan, atau berkepentingan untuk menafikan, hak miliknya terhadap sifat atau hak itu, dan mahkamah atas budi bicaranya boleh membuat di dalamnya suatu perisytiharan bahawa dia berhak sedemikian, dan plaintif tidak perlu dalam guaman itu meminta apa-apa relief selanjutnya: Dengan syarat bahawa mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perisytiharan sedemikian jika plaintif, yang boleh meminta relief selanjutnya selain perisytiharan atau hak milik semata-mata, telah tidak berbuat demikian. Huraian—Seorang pemegang amanah harta ialah “orang yang berkepentingan untuk menafikan” suatu hak milik yang bertentangan dengan hak milik seseorang yang tidak wujud, dan yang baginya, jika ia wujud, orang itu akan menjadi seorang pemegang amanah. (a) A, membekueskan hartanya kepada B, C dan D, “untuk dibahagikan sama rata di kalangan semua dan setiap seorang daripada mereka, jika masih hidup pada masa kematian saya, kemudiannya di kalangan anak-anak mereka yang yang masih hidup.” Tiada anak-anak tersebut yang wujud. Dalam suatu guaman terhadap wasi A, mahkamah boleh mengisytiharkan sama ada B, C dan D mengambil harta itu secara mutlak, atau hanya untuk seumur hidup mereka sahaja, dan mahkamah juga boleh mengisytiharkan kepentingan anakanak itu sebelum hak mereka diletakhakkan. (b) A berwaad bahawa, jika pada bila-bila masa berhak kepada harta yang melebihi RM100,000, dia akan memperuntukkan harta itu dalam amanah tertentu. Sebelum mana-mana harta tersebut terakru, atau mana-mana orang yang berhak kepada amanah itu ditentukan, dia memulakan suatu guaman untuk mendapatkan suatu perisytiharan bahawa waad itu tidak sah kerana ketidaktentuan. Mahkamah boleh membuat perisytiharan itu. (c) A ada dalam milikannya harta tertentu. B, yang mengatakan bahawa ialah pemunya harta itu, menghendaki A supaya menghantarserahkan harta itu kepada B. A boleh mendapatkan suatu perisytiharan mengenai hak A untuk memegang harta itu. (d) A membekueskan harta kepada B bagi seumur hidupnya, dengan yang selebihnya kepada isteri B dan anak-anak isteri B, jika ada, tetapi jika B mati tanpa isteri atau anak-anak harta diberikan kepada C, B mempunyai seorang yang dianggap sebagai isteri, D, dan anak-anak, tetapi C menafikan bahawa B dan D pernah berkahwin dengan sah; D dan anak-anaknya boleh, semasa hidup B, memulakan suatu guaman terhadap C dan mendapatkan suatu perisytiharan bahawa mereka ialah isteri dan anak-anak B yang sebenarnya.

Read this section in the full act → · Open Chapter VI →

Find Act 137 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next