My bookmarksSign up free
← Real Property Gains Tax Act 1976

Real Property Gains Tax Act 1976 s 28C

Real Property Gains Tax Act 1976 s 28C

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 28C Kewajipan untuk menyimpan dokumen bagi menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar

(1) Tertakluk pada seksyen ini, tiap-tiap orang yang dikehendaki untuk mengemukakan suatu penyata pelupusannya bagi suatu tahun taksiran di bawah Akta ini hendaklah menyimpan dan memegang simpan dalam jagaan selamat dokumen yang mencukupi bagi suatu tempoh tujuh tahun dari akhir tahun taksiran itu bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar olehnya. (2) Jika orang yang disebut dalam subseksyen (1) tidak mengemukakan suatu penyata yang dikehendaki di bawah Akta ini bagi suatu tahun taksiran, orang itu hendaklah menyimpan dan memegang simpan dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) yang berhubungan dengan tahun taksiran itu bagi suatu tempoh tujuh tahun selepas akhir tahun penyata itu dikemukakan. (3) Ketua Pengarah boleh mengetepikan semua atau mana-mana peruntukan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan apa-apa pelupusan. (4) Mana-mana orang yang dikehendaki oleh seksyen ini untuk menyimpan dokumen dan— (a) berbuat demikian secara elektronik, hendaklah memegang simpan dokumen itu dalam format elektronik yang boleh dibaca dan hendaklah menyimpan dokumen itu mengikut cara yang sedemikian rupa untuk membolehkan dokumen itu mudah diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan; atau (b) telah pada asalnya menyimpan dokumen dalam bentuk manual dan kemudiannya menukarkan dokumen itu ke dalam bentuk elektronik, hendaklah memegang simpan dokumen itu sebelum ditukarkan dalam bentuk asalnya. (5) Semua dokumen yang berkaitan dengan apa-apa pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai di Malaysia hendaklah disimpan dan dipegang simpan di Malaysia. (6) Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” termasuklah— (a) penyata keuntungan yang boleh dikenakan cukai; (b) penyata pendapatan dan kos sampingan; dan (c) invois, baucar, resit dan apa-apa dokumen lain yang perlu untuk menentusahkan butir-butir dalam penyata.

Read this section in the full act →

Find Act 169 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next