Local Government Act 1976 s 67
Sections 85–93 were repealed by later amendments.
s 67 Conditions and restrictions in regard to closure of street, etc.
(1) A local authority may permanently close or divert any public street or permanently close any public place or alter the boundaries thereof:
Provided that—
(a) before the local authority sanctions any permanent closure, diversion or alteration of boundaries, not less than fourteen days’ notice shall be given of the intention to move a resolution in that behalf;
(b) before any such closure, diversion or alteration is carried out, the local authority shall prepare a plan of the proposed work and a statement showing the need therefor and shall not less than one month before the commencement of the proposed work give notice thereof in the Gazette and in such other manner as the local authority may by resolution direct and such notice shall state where the said plan may be inspected by the public at reasonable hours and a copy thereof shall be posted in some part of the said street or public place;
(c) it shall be competent for any owner or occupier of any land injuriously affected by such closure, diversion or alteration to make a claim in writing to the local authority within a period of one month from the date of the publication of the notice in the Gazette for compensation in consequence of such closure, diversion or alteration, and where such claim is proved to the satisfaction of the local authority,
it shall pay compensation to any such owner or occupier and in assessing the amount of compensation payable, the benefit or advantage derived or likely to be derived from such closure, diversion or alteration by such person shall be taken into account;
(d) where any person aggrieved by any proposed closure, diversion or alteration objects thereto in writing within a period of one month from the date of the publication of the notice in the Gazette regarding such proposed closure, diversion or alteration, then, unless such objection is withdrawn, such closure, diversion or alteration shall not be carried out without the sanction of the State Authority; and
(e) after the service of any such objection, the State Authority may, on the application of the local authority, appoint one or more persons to make an enquiry into the proposed closure, diversion or alteration and the objection thereto and to report thereon and on receiving the report of such person or persons, the State Authority may make an order disallowing the proposed closure, diversion or alteration, or allowing it with such modifications, if any, as it may deem necessary.
(2) A local authority may, with the consent of the State Authority, permanently close or divert any street not being a public street within the local authority area but in every such case the closure or diversion shall be subject to the provisions of subsection (1).
Malay text (authoritative)
Syarat dan sekatan mengenai penutupan lebuh, dsb.
(1) Sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh menutup atau melencongkan secara kekal mana-mana lebuh awam atau menutup secara kekal mana-mana tempat awam atau mengubah secara kekal sempadannya:
Dengan syarat bahawa—
(a) sebelum pihak berkuasa tempatan mengizinkan sesuatu penutupan, pelencongan atau pengubahan yang kekal bagi sempadan notis tidak kurang daripada empat belas hari hendaklah diberi mengenai cadangan hendak mengusulkan suatu ketetapan bagi maksud itu;
(b) sebelum sesuatu penutupan, pelencongan atau pengubahan itu dijalankan, pihak berkuasa tempatan hendaklah menyediakan satu pelan bagi kerja yang dicadangkan itu dan satu pernyataan menunjukkan tentang perlunya yang demikian itu dan hendaklah tidak kurang daripada satu bulan sebelum dimulakan kerja yang dicadangkan itu memberi notis mengenainya dalam Warta dan dengan apa-apa cara lain yang diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan melalui ketetapan dan notis itu hendaklah menyatakan tempat di mana pelan yang tersebut itu boleh diperiksa oleh orang ramai pada waktu yang munasabah dan satu salinan notis itu hendaklah ditampalkan pada sesuatu bahagian lebuh atau tempat awam yang tersebut itu;
(c) adalah layak bagi seseorang pemunya atau penduduk bagi mana-mana tanah yang terjejas oleh penutupan, pelencongan atau pengubahan itu membuat suatu tuntutan secara bertulis kepada pihak berkuasa tempatan dalam tempoh satu bulan dari tarikh notis itu disiarkan dalam Warta untuk mendapat pampasan oleh sebab penutupan, pelencongan atau pengubahan itu dan jika tuntutan itu dibuktikan dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan itu, pihak berkuasa tempatan itu hendaklah membayar pampasan kepada mana-mana pemunya atau penduduk itu dan pada mentaksirkan amaun pampasan yang kena dibayar, faedah atau keuntungan yang didapati atau mungkin akan didapati daripada penutupan, pelencongan atau pengubahan itu oleh orang itu hendaklah diambil kira;
(d) jika seseorang yang terkilan dengan sesuatu penutupan, pelencongan atau pengubahan yang dicadangkan itu membantah terhadapnya secara bertulis dalam tempoh satu bulan dari tarikh notis itu disiarkan dalam Warta berkenaan dengan penutupan, pelencongan atau pengubahan yang dicadangkan itu, melainkan jika bantahan itu ditarik balik, penutupan, pelencongan atau pengubahan itu hendaklah jangan dijalankan tanpa izin Pihak Berkuasa Negeri; dan
(e) selepas penyampaian sesuatu bantahan itu, Pihak Berkuasa Negeri boleh, atas permohonan pihak berkuasa tempatan itu, melantik seorang atau beberapa orang untuk menjalankan suatu penyiasatan berkenaan dengan penutupan, pelencongan atau pengubahan yang dicadangkan itu dan juga bantahan terhadapnya itu dan untuk membuat laporan mengenainya dan selepas menerima laporan orang atau orang itu Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat suatu perintah tidak membenarkan penutupan, pelencongan atau pengubahan yang dicadangkan itu atau membenarkannya dengan apa-apa ubah suaian, jika ada, yang difikirkannya perlu.
(2) Sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri, menutup atau melencongkan secara kekal mana-mana lebuh yang bukan suatu lebuh awam dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu, tetapi dalam tiap-tiap hal yang demikian, penutupan atau pelencongan itu hendaklah tertakluk kepada subseksyen (1).
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 171 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).