(1) The development charge shall be payable in a lump sum, but the local planning authority may, on application by the applicant for planning permission, permit the development charge to be paid by such number of instalments as the local planning authority considers just, with interest at the rate, not being a preferential rate, imposed by the Federation of Banks Malaysia-Singapore on loans secured on immovable property.
(2) If any due instalment of the development charge is not paid, the local planning authority shall give to the person to whom planning permission has been granted a notice informing him of the default and demanding that payment be made within a reasonable time to be specified in the notice.
(3) If the amount due remains unpaid after the time allowed under subsection (2) has lapsed, the whole balance of the development charge shall become due and payable and may be recovered in the manner in which rates are recovered under any written law relating to local government.
(4) All sums received on account of the development charge shall be paid into the fund of the appropriate local authority.
Malay text (authoritative)
Pembayaran caj pemajuan
(1) Caj pemajuan hendaklah kena dibayar sekali gus, tetapi pihak berkuasa perancang tempatan boleh, atas permohonan pemohon untuk kebenaran merancang, membenarkan supaya caj pemajuan itu dibayar dengan beberapa ansuran yang difikirkannya patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan, dengan bunga mengikut kadar, bukannya kadar keutamaan, yang dikenakan oleh Persatuan Bank Malaysia-Singapura bagi pinjaman yang bercagarkan harta tak alih.
(2) Jika apa-apa ansuran caj pemajuan yang genap masanya dibayar tidak dibayar, pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah memberikan orang yang telah diberikan kebenaran merancang itu suatu notis memberitahunya mengenai keingkaran itu dan menuntut supaya bayaran itu dibuat dalam masa yang munasabah yang hendaklah ditentukan dalam notis itu.
(3) Jika amaun yang genap masa dibayar itu masih tidak dibayar selepas masa yang dibenarkan di bawah subseksyen (2) telah luput, kesemua baki caj pemajuan itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar dan boleh dituntut dengan cara seperti mana kadar yang dituntut di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan kerajaan tempatan.
(4) Semua jumlah wang yang diterima mengenai akaun caj pemajuan hendaklah dimasukkan ke dalam kumpulan wang pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
Text as at 1 June 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).