My bookmarksSign up free
← Limitation Act 1953

Limitation Act 1953 s 24

Limitation Act 1953 s 24

s 24

(1) If on the date when any right of action accrued for which a period of limitation is prescribed by this Act, the person to whom it accrued was under a disability, the action may be brought at any time before the expiration of six years, or in the case of actions to which subsection 6(4) or section 8 of this Act applies, one year from the date when such person ceased to be under a disability or died, whichever event first occurred, notwithstanding that the period of limitation had expired: Provided that in any case to which section 29 of this Act apply, this subsection shall apply as if the date from which the period of limitation begins to run were substituted for the date when the right of action accrued. (2) Where any such person as is referred to in subsection (1) of this section was on such date under two disabilities or where before the disability which he was under on such date had ceased he was affected by another disability he shall be deemed for the purposes of this section to have continued under a disability until both such disabilities have ceased. (3) When one of several joint-creditors or claimants is under any such disability, and when a discharge can be given without the concurrence of such person, time will run against them all. Where no such discharge can be given, time will not run as against any of them until all such persons cease to be under a disability or until one of them becomes capable of giving such discharge without the concurrence of the others whichever shall first occur. (4) The foregoing provisions of this section shall take effect subject to the following provisos: (a) nothing in such provisions shall affect any case where the right of action first accrued to some person not under a disability through whom the person under a disability claims; (b) when a right of action which has accrued to a person under a disability accrues, on the death of that person while still under a disability, to another person under a disability, no further extension of time shall be allowed by reason of the disability of the second person; (c) no action to recover land or money charged on land for which a period of limitation is prescribed under this Act shall be brought by virtue of the provisions of this section by any person after the expiration of thirty years from the date on which the right of action accrued to that person or some person through whom he claims; (d) nothing in such provisions shall apply to any action to recover a penalty or forfeiture, or sum by way thereof, by virtue of any written law, except where the action is brought by an aggrieved party.

Malay text (authoritative)

(1) Sekiranya pada tarikh terakrunya sesuatu hak tindakan yang tempoh had masanya ditetapkan oleh Akta ini, orang yang kepadanya hak tindakan itu terakru tak berdaya, maka tindakan itu boleh dibawa pada bila-bila masa sebelum tamatnya tempoh enam tahun, atau dalam hal tindakan yang subseksyen 6 (4) atau seksyen 8 Akta ini terpakai baginya, satu tahun dari tarikh orang itu tidak lagi menanggung keupayaan atau mati, mengikut mana yang berlaku terdahulu, walaupun tempoh had masa itu telah tamat: Dengan syarat bahawa dalam mana-mana hal yang peruntukan seksyen 29 Akta ini terpakai, subseksyen ini hendaklah terpakai seolah-olah tarikh dari mana tempoh had masa itu bermula digantikan dengan tarikh hak tindakan itu terakru. (2) Jika pada tarikh itu mana-mana orang yang tersebut dalam subseksyen (1) seksyen ini menanggung dua ketidakupayaan atau jika sebelum ketidakupayaan yang ditanggungnya pada tarikh itu terhenti dia telah terjejas oleh ketidakupayaan yang lain maka bagi maksud seksyen ini dia hendaklah disifatkan sebagai terus berada dalam ketidakupayaan sehingga kedua-dua ketidakupayaan itu terhenti. (3) Jika seorang daripada beberapa orang pemiutang bersama atau pihak menuntut menanggung ketidakupayaan sedemikian, dan jika suatu pelepasan boleh diberi tanpa memerlukan persetujuan orang itu, masa akan tetap berlalu terhadap kesemua mereka. Jika pelepasan itu tidak boleh diberi, masa tidak akan berlalu terhadap sesiapa jua di antara mereka sehingga kesemua orang itu tidak lagi menanggung ketidakupayaan atau sehingga salah seorang daripada mereka mampu memberi pelepasan tersebut tanpa memerlukan persetujuan daripada yang lainnya, mengikut mana yang berlaku terdahulu. (4) Peruntukan-peruntukan terdahulu dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada proviso berikut: (a) tiada apa-apa jua dalam peruntukan itu boleh menyentuh apa-apa hal di mana hak tindakan itu mula terakru kepada mana-mana orang yang tidak menanggung apa-apa ketidakupayaan yang melaluinya orang yang tidak berupaya itu menuntut; (b) apabila suatu hak tindakan yang telah pun terakru kepada seseorang yang tidak berupaya terakru, atas kematian orang itu ketika masih tidak berupaya, kepada orang tidak berupaya yang lain, tiada apa-apa pelanjutan masa seterusnya boleh dibenarkan atas alasan ketidakupayaan orang yang kedua itu; (c) tiada apa-apa tindakan untuk mendapat kembali tanah atau wang yang dipertanggungkan ke atas tanah yang tempoh had masanya ditetapkan di bawah Akta ini boleh dibawa menurut kuasa peruntukan seksyen ini oleh mana-mana orang selepas tamatnya tempoh tiga puluh tahun dari tarikh hak tindakan itu terakru kepada orang itu atau kepada mana-mana orang yang melaluinya dia menuntut; (d) tiada apa-apa jua dalam peruntukan itu terpakai bagi apa-apa tindakan untuk mendapat kembali bayaran penalti atau pelucuthakan, atau sejumlah wang dengan cara itu, menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis, kecuali jika tindakan itu dibawa oleh pihak yang terkilan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 254 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next