s 4F Pengosongan jawatan
(1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah dikosongkan― (a) jika dia meninggal dunia; (b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan― (i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda; (c) jika dia menjadi bankrap; (d) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya; (e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri; (f) jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau (g) jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri. (2) Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut seksyen 4 dan 4A.