Labuan Companies Act 1990 s 92
Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.
s 92
(1) Every officer of an offshore company shall at all times act honestly and use reasonable diligence in the discharge of the duties of his office.
(2) An officer of an offshore company shall not make improper use of any information acquired by reason of his office to gain, whether directly or indirectly, an advantage for himself or any other person or to cause detriment to the company.
(3) An officer of an offshore company who contravenes this section shall be—
(a) liable to the company for any profit made by him and for any damage suffered by the company as a result of such breach; and
(b) guilty of an offence against this Act.
(4) This section is in addition to and not in derogation of any other written law or rule of law relating to the duty or liability of directors or officers of a company. :
[Pt. V, S. 93-94] ,87
Malay text (authoritative)
(1) Tiap-tiap pegawai suatu syarikat luar pesisir hendaklah, pada setiap masa, bertindak dengan jujur dan menggunakan usaha yang munasabah dalam menunaikan tugas-tugas jawatannya.
(2) Seorang pegawai suatu syarikat luar pesisir tidak boleh menggunakan secara tidak patut apa-apa maklumat yang diperolehi oleh sebab jawatannya untuk mendapatkan, sama ada secara langsung atau tak langsung, apa-apa faedah bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain atau untuk menyebabkan kemudaratan kepada syarikat itu.
(3) Seorang pegawai suatu syarikat luar pesisir yang melanggar seksyen ini adalah—
(a) bertanggungan kepada syarikat itu bagi apa-apa keuntungan yang dibuat olehnya dan bagı apaapa kerugian yang dialami oleh syarikat itu oleh sebab perlanggaran itu; dan
(b) melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(4) Seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidaklah mengurangkan mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang lain berhubungan dengan tugas-tugas atau liabiliti pengarah-pengarah atau pegawai-pegawai sesuatu syarikat.
Read this section in the full act → · Open Division 2 →
Find Act 441 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).