LawPlayer
My bookmarks
← Labuan Business Activity Tax Act 1990

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 17C

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 17C

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

Act no.
Act 445
Status
In force
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Labuan Business Activity Tax Act 1990 [Act 445], s 17C

s 17C Kuasa untuk tidak mengambil kira transaksi tertentu

(1) Ketua Pengarah boleh, tanpa menjejaskan kesahannya dalam apa-apa keadaan lain atau bagi apa-apa maksud lain, tidak mengambil kira atau mengubah transaksi itu dan membuat pelarasan yang difikirkannya patut, termasuk pengiraan atau pengiraan semula keuntungan yang boleh dikenakan cukai, atau pengenaan liabiliti kepada cukai, atau membuat taksiran atau taksiran tambahan berkenaan dengan mana-mana orang setakat yang perlu berbangkit daripada penjalanan kuasanya, dengan tujuan untuk mengurangkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada kesan langsung atau tidak langsung transaksi itu, jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana transaksi mempunyai kesan langsung atau tidak langsung bagi— (a) mengubah beban cukai yang kena dibayar atau yang ditanggung oleh atau yang sebaliknya telah kena dibayar oleh mana-mana orang atau ditanggung oleh mana-mana orang; (b) melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa liabiliti yang telah timbul atau yang akan selainnya timbul untuk membayar cukai atau membuat suatu penyata; (c) melarikan diri atau mengelak daripada apa-apa kewajipan atau liabiliti yang dikenakan atau yang akan selainnya telah dikenakan ke atas mana-mana orang oleh Akta ini; atau (d) menghalang atau mencegah pelaksanaan Akta ini dalam apa-apa jua cara. (2) Dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah boleh melalui notis menghendaki mana-mana orang untuk membayar kepadanya dalam masa yang dinyatakan dalam notis amaun cukai yang akan ditolak oleh orang itu di bawah Akta ini berbangkit daripada penjalanan kuasa Ketua Pengarah itu. (3) Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1) dan (2), kuasa Ketua Pengarah yang diberikan oleh seksyen ini hendaklah diperluaskan— (a) kepada pengenaan cukai ke atas mana-mana orang yang jika tidak kerana apa-apa pelarasan yang dibuat menurut seksyen ini tidak akan dikenakan cukai atau tidak akan dikenakan cukai setakat yang sama; dan (b) kepada pengenaan jumlah cukai yang lebih besar daripada yang boleh dikenakan jika tidak kerana apa-apa pelarasan. (4) Jika berbangkit daripada apa-apa pelarasan yang dibuat di bawah seksyen ini suatu taksiran dibuat, hak untuk pembayaran balik ditolak atau penyata cukai pembayaran balik dikehendaki, butir-butir pelarasan hendaklah diberikan dengan notis taksiran, dengan notis penolakan pembayaran balik atau dengan notis menghendaki penyata pembayaran balik, mengikut mana-mana yang berkenaan. (5) Transaksi— (a) antara orang yang seorang daripadanya mempunyai kawalan ke atas yang lain; atau (b) antara orang yang kedua-duanya dikawal oleh orang yang lain, hendaklah disifatkan sebagai transaksi daripada jenis yang subseksyen (1) terpakai jika pada pendapat Ketua Pengarah transaksi itu tidak dibuat berdasarkan terma yang dijangkakan dibuat secara adil oleh orang bebas yang terlibat dalam aktiviti yang sama atau serupa berurusan antara satu sama lain yang bebas daripada pengaruh. (6) Bagi maksud seksyen ini— (a) seseorang dianggap mempunyai kawalan ke atas yang lain dengan cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 139 Akta Cukai Pendapatan 1967 setakat mana seksyen itu terpakai dan dengan ubah suaian yang perlu; dan (b) “transaksi” ertinya apa-apa amanah, pemberian, waad, perjanjian, perkiraan atau pelupusan lain atau transaksi yang dibuat atau dibuat secara lisan atau bertulis, sama ada sebelum atau selepas mula berkuat kuasanya Akta ini, dan termasuklah suatu transaksi yang dibuat oleh dua orang atau lebih dengan seorang atau beberapa orang lain.

Read this section in the full act →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Labuan Business Activity Tax Act 1990, s 17C is headed “Kuasa untuk tidak mengambil kira transaksi tertentu” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Labuan Business Activity Tax Act 1990, s 17C is s 17B.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Labuan Business Activity Tax Act 1990, s 17C is s 17D.
Synced
LawPlayer last synced the text of Labuan Business Activity Tax Act 1990 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Labuan Business Activity Tax Act 1990, s 17C is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

On LawPlayer, every section of a Malaysian Act has its own page, linked to the full Act and to its Parts and Chapters. The same site also covers Taiwan's statutes, court judgments and company registration records, and the legislation of 13 other jurisdictions.Malaysian law entry

What to look at next