My bookmarksSign up free
← Labuan Business Activity Tax Act 1990

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 17D

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 17D

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 17D Kuasa untuk menggantikan harga transaksi tertentu

(1) Seksyen ini hendaklah terpakai walau apa pun seksyen 17C dan tertakluk pada apa-apa peraturan yang ditetapkan di bawah Akta ini. (2) Tertakluk pada subseksyen (3), jika seseorang dalam tahun asas bagi suatu tahun taksiran membuat suatu transaksi dengan orang berkaitan bagi tahun itu untuk pemerolehan atau pembekalan harta atau perkhidmatan, maka, bagi segala maksud Akta ini, orang itu hendaklah menentukan dan menggunakan harga yang bebas daripada pengaruh untuk pemerolehan atau pembekalan itu. (3) Jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa harta atau perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (2) diperoleh atau dibekalkan pada harga yang sama ada kurang daripada atau lebih daripada harga yang dijangkakan untuk ditawarkan jika pihak-pihak kepada transaksi itu adalah orang yang bebas yang berurusan bebas daripada pengaruh, Ketua Pengarah boleh dalam menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi orang itu, menggantikan harga berkenaan dengan transaksi itu untuk mencerminkan harga yang bebas daripada pengaruh bagi transaksi itu. (4) Transaksi yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah ditafsirkan sebagai transaksi antara— (a) orang yang seorang daripadanya mempunyai kawalan ke atas yang lain; atau (b) orang yang kedua-duanya dikawal oleh orang yang lain, dalam seksyen ini disebut sebagai “orang ketiga”. (5) Tanpa menjejaskan keluasan makna perenggan 17C(6)(a), bagi maksud subseksyen (4), “kawalan” merujuk kepada orang yang seorang daripadanya memiliki syer orang lain, atau orang ketiga yang memiliki syer kedua-dua orang, yang peratusan modal syer yang dipegang dalam mana-mana satu keadaan ialah dua puluh peratus atau lebih dan— (a) urusan perniagaan orang itu bergantung kepada hak tuan punya, seperti paten, pengetahuan teknologi bukan paten, cap dagangan atau hak cipta, yang disediakan oleh orang lain atau orang ketiga; (b) aktiviti perniagaan seperti belian, jualan, penerimaan perkhidmatan, penyediaan perkhidmatan, oleh orang itu yang ditentukan oleh orang lain, dan harga dan syaratsyarat lain yang berhubungan dengan pembekalan dipengaruhi oleh orang lain atau orang ketiga; atau (c) jika seorang atau lebih pengarah atau ahli lembaga pengarah orang itu dilantik oleh orang lain atau orang ketiga. (6) Dalam seksyen ini “transaksi” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah perenggan 17C(6)(b).

Read this section in the full act →

Find Act 445 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next