My bookmarksSign up free
← Labuan Business Activity Tax Act 1990

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 20

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 20

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

s 20

(1) Any return of profits, statutory declaration or information made or received for the purposes of this Act shall be treated as confidential and shall not be communicated or disclosed to any person except for the purposes of this Act. (2) Where any official, whether during his employment or thereafter, contravenes subsection (1), he shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.

Malay text (authoritative)

Penyata keuntungan, dsb., dianggap sulit

(1) Apa-apa penyata keuntungan, akuan berkanun atau maklumat yang dibuat atau diterima bagi maksud Akta ini hendaklah dianggap sebagai sulit dan tidak boleh disampaikan atau didedahkan kepada mana-mana orang kecuali bagi maksud Akta ini. (2) Jika mana-mana pegawai rasmi, sama ada sepanjang tempoh pekerjaannya atau selepas itu, melanggar subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (3) Mana-mana orang yang menerima apa-apa penyata keuntungan, akuan berkanun atau maklumat yang dibuat atau diterima bagi maksud Akta ini, dengan mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai pada masa dia menerimanya bahawa penyata, akuan atau maklumat itu disampaikan atau dizahirkan kepadanya dengan melanggar Akta ini, tidak boleh menggunakan penyata, akuan atau maklumat itu atau mengemukakan atau menzahirkan penyata, akuan atau maklumat itu kepada manamana orang lain. (4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act →

Find Act 445 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next