My bookmarksSign up free
← Labuan Business Activity Tax Act 1990

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 22A

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 22A

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 22A Penzahiran maklumat dalam keadaan tertentu

(1) Seksyen 20 tidak boleh menghalang— (a) penzahiran maklumat berkenaan dengan perkiraan pencukaian dua kali, perkiraan pertukaran maklumat percukaian atau perkiraan bantuan pentadbiran bersama kepada seorang pekhidmat atau ejen Kerajaan yang diberi kuasa yang dengannya perkiraan itu telah dibuat jika maklumat itu dikehendaki untuk dizahirkan dalam perkiraan itu; dan (b) penzahiran maklumat yang diminta oleh mana-mana pihak berkuasa cukai mana-mana Kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia. (2) Bagi maksud subseksyen (1) — “perkiraan bantuan pentadbiran bersama” ertinya suatu perkiraan antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia dengan tujuan bantuan pentadbiran bersama dalam perkara percukaian yang termasuk pemeriksaan cukai serentak, pertukaran maklumat secara automatik atau pentadbiran cukai luar negara di bawah seksyen 132B Akta Cukai Pendapatan 1967; “perkiraan pencukaian dua kali” ertinya suatu perkiraan antara Kerajaan Malaysia dengan mana-mana Kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia di bawah seksyen 132 Akta Cukai Pendapatan 1967; “perkiraan pertukaran maklumat percukaian” ertinya suatu perkiraan antara Kerajaan Malaysia dengan mana-mana Kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia di bawah seksyen 132 A Akta Cukai Pendapatan 1967.

Read this section in the full act →

Find Act 445 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next