Labuan Business Activity Tax Act 1990 [Act 445], s 22B
s 22B Kuasa untuk meminta penyata spesifik atau pengemukaan buku
Bagi maksud untuk mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada atau tidak seseorang boleh dikenakan cukai atau bagi menentukan liabilitinya, Ketua Pengarah boleh melalui notis secara bertulis menghendaki orang itu atau mana-mana orang lain—
(a) untuk melengkapkan dan menghantar serah kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis, apa-apa penyata yang dinyatakan dalam notis;
(b) untuk hadir sendiri di hadapan Ketua Pengarah dan mengemukakan untuk diperiksa semua buku, akaun, penyata dan dokumen lain yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah;
(c) untuk menyediakan penyata mengikut perenggan (a) dan untuk juga hadir menurut perenggan (b); atau
(d) untuk memberikan secara bertulis apa-apa maklumat atau butir-butir yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah.
Labuan Business Activity Tax Act 1990, s 22B is headed “Kuasa untuk meminta penyata spesifik atau pengemukaan buku” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Labuan Business Activity Tax Act 1990, s 22B is s 22A.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Labuan Business Activity Tax Act 1990, s 22B is s 22C.
Synced
LawPlayer last synced the text of Labuan Business Activity Tax Act 1990 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Labuan Business Activity Tax Act 1990, s 22B is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).
Source
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)›
LawPlayer is a privately run legal research website for reading Malaysian federal Acts section by section, built for lawyers, in-house counsel and students who need to check the statutory text quickly.Malaysian law entry›