My bookmarksSign up free
← Labuan Business Activity Tax Act 1990

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 22C

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 22C

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 22C Kuasa untuk meminta penyata akaun bank, dsb.

Ketua Pengarah boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan dalam masa yang dinyatakan dalam notis, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis, suatu pernyataan yang mengandungi butir-butir mengenai— (a) semua akaun bank, yang merupakan akaun yang sedia ada atau telah ada pada bila-bila masa dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis,— (i) atas namanya sendiri atau nama isteri atau anak tanggungannya atau secara bersesama atas apa-apa nama itu; (ii) yang dia berkepentingan atau telah berkepentingan sama ada secara bersesama atau berasingan; atau (iii) yang orang itu berkuasa atau telah berkuasa untuk menggunakan secara bersesama atau berasingan; (b) semua akaun simpanan dan pinjaman, deposit, akaun syarikat bangunan dan akaun syarikat kerjasama yang mengenainya orang itu ada atau telah mempunyai apa-apa kepentingan atau kuasa untuk menggunakannya secara bersesama atau berasingan dalam tempoh itu; (c) semua aset yang orang itu dan mana-mana isteri atau anak tanggungannya sedang dimiliki atau telah dimiliki dalam tempoh itu; (d) semua hasil orang itu dan pendapatan kasar berpunca daripada hasil itu; dan (e) semua fakta mengenai tanggungannya terhadap cukai pada masa itu atau pada masa lepas.

Read this section in the full act →

Find Act 445 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next