My bookmarksSign up free
← Labuan Business Activity Tax Act 1990

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 22D

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 22D

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 22D Kuasa untuk mengakses bangunan dan dokumen, dsb.

(1) Bagi maksud Akta ini, Ketua Pengarah hendaklah pada setiap masa mempunyai sepenuhnya dan bebas untuk akses kepada semua tanah, bangunan dan tempat itu dan untuk melihat semua buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda dan boleh menggeledah tanah, bangunan dan tempat itu dan boleh memeriksa, menyalin atau membuat cabutan daripada mana-mana buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda tanpa membuat apa-apa pembayaran sebagai bayaran atau upah. (2) Jika Ketua Pengarah menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), penghuni tanah, bangunan dan tempat itu hendaklah menyediakan kepada Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa segala kemudahan dan bantuan yang munasabah untuk menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini. (3) Ketua Pengarah boleh mengambil milikan mana-mana buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda yang Ketua Pengarah itu mempunyai akses di bawah subseksyen (1) jika pada pendapatnya— (a) pemeriksaan buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda itu, menyalinnya atau membuat cabutan daripadanya tidak dapat dijalankan dengan munasabah tanpa mengambil milikan terhadapnya; (b) buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda itu boleh diganggu atau dimusnahkan melainkan Ketua Pengarah mengambil milikan terhadapnya; atau (c) buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda itu mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dimulakan di bawah atau berkenaan dengan Akta ini. (4) Suatu senarai semua benda yang disita dalam menjalankan suatu penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini dan tempat di mana benda itu masing-masing dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai yang membuat penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya. (5) Jika pada pendapat Ketua Pengarah adalah perlu bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada perniagaan bagi apa-apa tempoh untuk memeriksa mana-mana buku, akaun atau rekod yang disimpan selain dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, Ketua Pengarah boleh secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang menjalankan perniagaan semasa tempoh itu untuk mengemukakan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis, suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris buku, akaun atau rekod itu.

Read this section in the full act →

Find Act 445 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next