s 28 Tatacara apabila tiada yang dinyatakan
Sekiranya apa-apa perbuatan atau tatacara dikehendaki atau dibenarkan untuk dilakukan atau dibuat di bawah Akta ini dan tiada cara ditetapkan atau tatacara dinyatakan sama ada dalam Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, permohonan boleh dibuat kepada Ketua Pengarah untuk mendapatkan arahan tentang cara yang mengikutnya perbuatan atau tatacara itu boleh dilakukan atau dibuat, dan apa-apa perbuatan atau tatacara yang dilakukan atau dibuat mengikut arahannya hendaklah menjadi pelaksanaan yang sah bagi perbuatan atau tatacara itu.