My bookmarksSign up free
← Labuan Business Activity Tax Act 1990

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 4

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 4

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

s 4

(1) Tax shall be charged at the rate of three per cent for a year of assessment upon the chargeable profits of an offshore company carrying on an offshore business activity which is an offshore trading activity for the basis period for that year of assessment. (2) The chargeable profits of an offshore company carrying on an offshore business activity which is an offshore trading activity fora year of assessment shall be the net profits as reflected in the audited accounts in respect of such offshore trading activity of the offshore company for the basis period for that year of assessment.

Malay text (authoritative)

Aktiviti perdagangan Labuan

(1) Cukai atas kadar tiga peratus hendaklah dikenakan bagi suatu tahun taksiran ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang adalah aktiviti perdagangan Labuan untuk tempoh asas bagi tahun taksiran itu. (2) Tertakluk pada Akta ini, keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang adalah aktiviti perdagangan Labuan bagi suatu tahun taksiran ialah keuntungan bersih seperti yang ditunjukkan di dalam akaun teraudit berkenaan dengan aktiviti perdagangan Labuan sedemikian bagi entiti Labuan itu untuk tempoh asas bagi tahun taksiran itu. (3) Bagi menggelakkan keraguan, keuntungan bersih yang disebut dalam subseksyen (2) tidak termasuk apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada royalti dan pendapatan lain yang diperoleh daripada hak harta intelek jika ia boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitan secara komersial hak itu. (4) Apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada hak harta intelek yang disebut dalam subseksyen (3) adalah tertakluk pada cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. (5) Bagi maksud seksyen ini, “hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada apa-apa paten, penemuan dan inovasi utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, kepandaian dan proses atau formula rahsia, petunjuk geografi dan pemberian geran perlindungan varieti tumbuhan, dan hak-hak lain yang serupa, sama ada yang berdaftar atau boleh daftar.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 445 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next