s 3B Pemastautin
Bagi maksud perkiraan percukaian dua kali yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta Cukai Pendapatan 1967— (a) suatu entiti Labuan yang menjalankan perniagaan atau perniagaan-perniagaan adalah bermastautin di Malaysia bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika pada bilabila masa dalam tempoh asas itu pengurusan dan kawalan perniagaannya atau mana-mana satu perniagaannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dijalankan di Malaysia; dan (b) mana-mana entiti Labuan yang lain adalah bermastautin di Malaysia bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika pada bila-bila masa semasa tempoh asas itu pengurusan dan kawalan hal ehwalnya dijalankan di Malaysia oleh pengarahnya, pekongsinya, pemegang amanahnya atau pihak berkuasa pengawal lain. Cukai Berasaskan Penyata