My bookmarksSign up free
← Labuan Business Activity Tax Act 1990

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 3A

Labuan Business Activity Tax Act 1990 s 3A

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 3A Aktiviti perniagaan Labuan yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 atas pemilihan

(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini, suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan boleh membuat suatu pemilihan yang tidak boleh dibatalkan dalam borang yang ditetapkan bahawa apa-apa keuntungan entiti Labuan itu bagi mana-mana tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran dan tempoh asas yang berikutnya dikenakan cukai mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 berkenaan dengan aktiviti perniagaan Labuan itu. (2) Pemilihan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah dalam masa tiga bulan atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah selepas permulaan tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran: Dengan syarat bahawa bagi tempoh asas yang berakhir pada sesuatu hari dalam tahun taksiran 2008, pemilihan di bawah seksyen ini boleh dibuat dan dikemukakan sebelum 1 Ogos 2008.

Read this section in the full act →

Find Act 445 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next