My bookmarksSign up free
← Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990

Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 10

Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 10

s 10 Nursery

(1) Where there are workers residing on the place of employment and such workers have together no less than 10 dependants under four years of age living with them, the Director General may, by order, require the employer of such workers to construct at the aforesaid place of employment within such reasonable time as may be specified therein a nursery of a size capable of accommodating such number of workers’ dependants as may be specified therein, and on being so required, the employer shall construct such nursery accordingly: Provided that any subsequent reduction in the number of dependants after the order has been issued shall not invalidate such order. (2) The employer shall maintain the nursery and shall accommodate therein the dependants of the workers during the period in which such workers are away working for the employer: Provided that he shall not accommodate therein such dependants in excess of the number specified in the requirement mentioned in subsection (1). (3) On each day a dependant is accommodated at the nursery, he shall be provided by the employer at his own expense with a supply of milk in sufficient quantity and of good quality, and play equipment. (4) An employer who fails to comply with the provisions of this section shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit and to a further fine of one hundred ringgit for each day during which the offence continues.

Malay text (authoritative)

Pusat asuhan kanak-kanak

(1) Jika terdapat pekerja yang menetap di tempat pekerjaan dan pekerja sedemikian mempunyai tidak kurang daripada lima orang tanggungan di bawah umur empat tahun yang tinggal bersama-sama mereka, Ketua Pengarah boleh, melalui perintah, menghendaki supaya majikan kepada pekerja itu membina di tempat pekerjaan itu dalam masa yang munasabah sebagaimana yang boleh ditentukan dalamnya suatu pusat asuhan kanak-kanak yang saiznya dapat menempatkan apa-apa bilangan tanggungan pekerja sebagaimana yang ditentukan dalamnya, dan apabila dikehendaki berbuat demikian, majikan hendaklah membina pusat asuhan kanak-kanak itu dengan sewajarnya: Dengan syarat bahawa apa-apa pengurangan berikutnya dalam bilangan tanggungan selepas perintah itu dikeluarkan tidaklah menidaksahkan perintah itu. (2) Majikan hendaklah menyenggarakan pusat asuhan kanak-kanak dan hendaklah menempatkan di dalamnya tanggungan pekerja semasa tempoh pekerja itu keluar bekerja untuk majikan: Dengan syarat bahawa dia tidak boleh menempatkan di dalamnya tanggungan yang lebih daripada apa-apa bilangan yang ditentukan dalam kehendak yang disebut dalam subseksyen (1). (3) Pada setiap hari seseorang tanggungan ditempatkan di pusat asuhan kanak-kanak, dia hendaklah disediakan oleh majikan atas perbelanjaannya sendiri dengan bekalan susu dalam kuantiti yang mencukupi dan kualiti yang baik, serta kelengkapan permainan. (4) Seorang majikan yang tidak mematuhi peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya sebanyak satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 446 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2016 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next