My bookmarksSign up free
← Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990

Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 11

Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 11

s 11 Allotment of land

(1) Where there are workers residing on the place of employment, the employer of such workers shall set aside land which has been cleared, for allotment to such workers for cultivation, grazing or partly cultivation and partly grazing: Provided that an employer is not required to excise any permanent cultivation which has been planted by him at least 12 months previously. (2) A worker residing on the place of employment, who has been employed for a period of not less than six months by the employer aforesaid shall be entitled to have allotted to him an area of 250 square metres of the land so set aside. (3) If an area of land allotted for cultivation (whether wholly or partly) shall remain unplanted for a period of six months from the date of the allotment, or if a worker uses the area of land allotted to him for a purpose different from that for which it was allotted, or if he does not use it at all for the purpose for which it was allotted the employer may terminate such allotment and thereafter may allot such area of land to another worker. (4) In relation to the setting aside of land under this sectionβ€” (a) land allotted to workers shall be situated as near as possible to the houses of the workers; and (b) land for grazing shall, except with the permission in writing of a Medical Officer of Health, be situated at a distance of not less than 183 meters from the houses of the workers. (5) The Director General may, for sufficient reason, exempt to such extent, as may be stated in such exemption, any employer from compliance with this section on such terms and conditions and for such period as he may deem fit. (6) Any employer who contravenes the provisions of this section shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit and to a further fine of fifty ringgit for every day the offence continues. (7) In this section β€œplace of employment”, in relation to the allotment of land set aside, means an estate or such other place as may be prescribed by the Minister to be a place of employment to which this section applies.

Malay text (authoritative)

Penguntukan tanah

(1) Jika terdapat pekerja yang menetap di tempat pekerjaan, majikan bagi pekerja sedemikian hendaklah mengetepikan tanah yang telah dibersihkan, bagi diuntukkan kepada pekerja itu bagi penanaman, peragutan atau sebahagiannya penanaman dan sebahagian lagi peragutan: Dengan syarat bahawa seorang majikan tidak dikehendaki untuk membuang apa-apa tanaman kekal yang telah ditanam olehnya sekurang-kurangnya dua belas bulan sebelumnya. (2) Seorang pekerja yang menetap di tempat pekerjaan yang telah diambil kerja untuk tempoh tidak kurang daripada enam bulan oleh majikan adalah berhak diuntukkan kepadanya suatu kawasan seluas 250 meter persegi daripada tanah yang diketepikan itu. (3) Jika suatu kawasan tanah yang diuntukkan bagi penanaman (sama ada kesemuanya atau sebahagiannya) masih belum bertanam dalam tempoh enam bulan dari tarikh penguntukan, atau jika seorang pekerja menggunakan kawasan tanah yang diuntukkan kepadanya bagi maksud yang berlainan daripada yang diuntukkan, atau jika dia tidak menggunakannya sama sekali bagi maksud ia diuntukkan, majikan boleh menamatkan penguntukan itu dan selepas itu boleh menguntukkan kawasan tanah itu kepada pekerja lain. (4) Berhubungan dengan pengetepian tanah di bawah seksyen iniβ€” (a) tanah yang diuntukkan kepada pekerja hendaklah terletak seberapa dekat yang boleh dengan rumah pekerja; dan (b) tanah untuk peragutan hendaklah, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada seorang Pegawai Perubatan Kesihatan, terletak pada jarak yang tidak kurang daripada 183 meter dari rumah pekerja. (5) Ketua Pengarah boleh, atas sebab yang mencukupi, mengecualikan setakat yang mungkin, sebagaimana yang dinyatakan dalam pengecualian itu, mana-mana majikan daripada mematuhi seksyen ini mengikut apa-apa terma dan syarat dan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkannya patut. (6) Mana-mana majikan yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan. (7) Dalam seksyen ini, β€œtempat pekerjaan”, berhubung dengan penguntukan tanah yang diketepikan itu, ertinya suatu estet atau mana-mana tempat lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu tempat pekerjaan yang baginya seksyen ini terpakai.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part II β†’

Find Act 446 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 December 2016 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next