Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 18
Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 18
s 18 Transportation of sick workers to hospital
(1) It shall be the duty of the employer and of the resident manager at their own expenses—
(a) to have every worker employed on the estate and any dependant of such worker who requires medical treatment to be transported safely without delay to and from the hospital provided for workers employed on the estate or, if
there is no such hospital, to and from the nearest Government hospital; and
(b) to make such arrangements and to provide such appliances for the safe transport of a sick worker or any sick dependant of a worker to and from hospital as the Medical Officer of Health or any Medical Officer may, from time to time, require.
(2) The Medical Officer of Health or any Medical Officer may require the employer or resident manager to remove any worker on the estate who requires medical treatment to hospital.
(3) Any employer or resident manager who contravenes the provisions of this section, shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit and to a further fine of one hundred ringgit a day for each day during which the offence continues.
Malay text (authoritative)
Mengangkut pekerja yang sakit ke hospital
(1) Hendaklah menjadi kewajipan majikan dan pengurus residen atas perbelanjaan mereka sendiri—
(a) untuk memastikan tiap-tiap pekerja yang diambil kerja di estet dan mana-mana tanggungan pekerja itu yang memerlukan rawatan perubatan diangkut dengan selamat tanpa lengah pergi ke dan balik dari hospital yang disediakan untuk pekerja yang diambil kerja di estet itu atau, jika tiada hospital sedemikian, pergi ke dan balik dari hospital Kerajaan yang terdekat; dan
(b) untuk membuat apa-apa perkiraan dan untuk menyediakan alat bagi mengangkut dengan selamat seorang pekerja yang sakit atau mana-mana tanggungan pekerja yang sakit pergi ke dan balik dari hospital sebagaimana yang dikehendaki oleh Pegawai Perubatan Kesihatan atau mana-mana Pegawai Perubatan dari semasa ke semasa.
(2) Pegawai Perubatan Kesihatan atau mana-mana Pegawai Perubatan boleh menghendaki majikan atau pengurus residen supaya memindahkan mana-mana pekerja di estet itu yang memerlukan rawatan perubatan ke hospital.
(3) Mana-mana majikan atau pengurus residen yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya sebanyak satu ribu ringgit sehari bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Text as at 1 December 2016 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).