Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 19
Workers' Minimum Standards of Housing and Amenities Act 1990 s 19
s 19 Medical treatment in estate on which a hospital is not maintained
(1) On any estate where there is no estate hospital or a group estate hospital available, the Director General may, by order, after consultation with the Medical Officer of Health, require an employer to establish and maintain a clinic or make such other provisions as are necessary for the treatment of sick workers and their dependants.
(2) The Director General shall specify in such order the services, medicine, equipment and staff to be provided and the hours during which the treatment facilities shall be made available to the workers and their dependants.
(3) Where a clinic exists on any estate or is established pursuant to an order under subsection (1) it shall be the duty of the employer to arrange for a registered medical practitioner to visit the clinic at least once a
fortnight to supervise the operations and management of the clinic and to provide medical treatment to workers and their dependants.
(4) No employer who has established and maintained a clinic, whether pursuant to an order of the Director General made under this section or otherwise, shall reduce the services, facilities or staff or discontinue the maintenance and operation of such clinic without the prior written permission of the Director General.
Malay text (authoritative)
Rawatan perubatan di estet di mana suatu hospital tidak disenggarakan
(1) Di mana-mana estet yang tiada hospital estet atau hospital estet kumpulan tersedia, Ketua Pengarah boleh, melalui perintah, selepas berunding dengan Pegawai Perubatan Kesihatan, menghendaki supaya seseorang majikan menubuhkan dan menyenggarakan suatu klinik atau membuat apa-apa peruntukan lain sebagaimana yang perlu bagi rawatan pekerja dan tanggungan mereka yang sakit.
(2) Ketua Pengarah hendaklah menyatakan dalam perintah itu perkhidmatan, ubat, kelengkapan dan kakitangan yang hendaklah disediakan dan masa kemudahan rawatan itu hendaklah dijadikan tersedia kepada pekerja dan tanggungan mereka.
(3) Jika suatu klinik terdapat di mana-mana estet atau ditubuhkan menurut suatu perintah di bawah subseksyen (1), hendaklah menjadi kewajipan majikan untuk membuat perkiraan supaya seorang pengamal perubatan berdaftar melawat klinik itu sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mengawasi urusan dan pengurusan klinik itu dan untuk menyediakan rawatan perubatan kepada pekerja dan tanggungan mereka.
(4) Tiada majikan yang telah menubuhkan dan menyenggarakan suatu klinik, sama ada menurut suatu perintah Ketua Pengarah yang dibuat di bawah seksyen ini atau selainnya, boleh mengurangkan perkhidmatan, kemudahan atau kakitangan atau menghentikan penyenggaraan dan urusan klinik itu tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.
Text as at 1 December 2016 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).