s 50B Penahanan dokumen oleh Suruhanjaya
(1) Mana-mana pemegang lesen, pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik apabila diarahkan oleh Suruhanjaya hendaklah memberikan dokumen kepada Suruhanjaya, dan jika tidak berbuat demikian Suruhanjaya boleh mengambil milikan dokumen itu. (2) Apa-apa dokumen yang diberikan atau yang diambil oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) boleh ditahan seberapa lama yang perlu oleh Suruhanjaya. (3) Orang yang selainnya berhak kepada milikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, dengan salinan yang diperakui oleh Suruhanjaya sebagai suatu salinan sah. (4) Sehingga suatu salinan terperaku dibekalkan, Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya, membenarkan orang yang selainnya berhak kepada milikan dokumen itu atau orang yang diberi kuasa oleh orang itu, untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada dokumen itu. (5) Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa penahanan dokumen itu tidak lagi diperlukan, Suruhanjaya boleh mengembalikan dokumen itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan kepada orang yang memberikan dokumen itu di bawah subseksyen (1).