My bookmarksSign up free
← Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994

Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 s 14

Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 s 14

s 14 Government ships

(1) This Act shall not apply to warships or other ships owned or operated by a State and used, for the time being, only on government non-commercial service. (2) In relation to a ship owned by a State and for the time being used for commercial purposes it shall be sufficient compliance with subsection 11(2) if there is in force a certificate issued by the appropriate authority of that State and showing that the ship is owned by that State and that any liability for pollution damage as defined in Article 1 of the Liability Convention will be met up to the limit prescribed by Article 5 thereof. (3) Every State which is a party to the Liability Convention shall, for the purposes of any proceedings instituted in a Court in Malaysia to enforce a claim in respect of a liability incurred under section 3, be deemed to have submitted to the jurisdiction of that Court, but nothing in this subsection shall authorize the issue of execution against the property of any State.

Malay text (authoritative)

Kapal kerajaan

(1) Akta ini tidaklah terpakai bagi kapal perang atau kapal lain yang dipunyai atau dikendalikan oleh sesuatu Negara dan yang pada masa ini hanya digunakan untuk perkhidmatan bukan komersial kerajaan sahaja. (2) Berhubung dengan suatu kapal yang dipunyai oleh sesuatu Negara dan yang pada masa ini digunakan bagi maksud komersial— (a) subseksyen 11(2) dipatuhi dengan mencukupi jika ada berkuat kuasa suatu perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan Negara itu dan yang menunjukkan bahawa kapal itu dipunyai oleh Negara itu dan bahawa apaapa liabiliti bagi kerosakan pencemaran sebagaimana yang ditafsirkan dalam Perkara 1 Konvensyen Liabiliti akan dipenuhi sehingga takat batasan yang ditetapkan oleh Perkara V Konvensyen itu; atau (b) subseksyen 11A(2) dipatuhi dengan mencukupi jika ada berkuat kuasa suatu perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan Negara itu dan yang menunjukkan bahawa kapal itu dipunyai oleh Negara itu dan bahawa apaapa liabiliti bagi kerosakan pencemaran sebagaimana yang ditafsirkan dalam Perkara 1 Konvensyen Bunkers akan dipenuhi sehingga takat batasan yang dinyatakan dalam Bab II Konvensyen mengenai Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim 1976 sebagaimana dipinda oleh Protokol 1996 untuk meminda Konvensyen mengenai Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim 1976, dan yang dinyatakan dalam Jadual Keenam belas Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. (3) Tiap-tiap Negara yang menjadi pihak kepada Konvensyen Liabiliti atau Konvensyen Bunkers hendaklah, bagi maksud manamana prosiding yang dimulakan di dalam Mahkamah di Malaysia untuk menguatkuasakan suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah seksyen 3 atau 3A, masing-masing, disifatkan telah patuh kepada bidang kuasa Mahkamah itu, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh membenarkan pengeluaran pelaksanaan terhadap harta mana-mana Negara.

Read this section in the full act →

Find Act 515 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next