My bookmarksSign up free
← Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994

Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 s 17

Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 s 17

s 17 Contributions by persons who receive oil

(1) Contributions shall be payable annually to the Fund in respect of oil received by sea at ports or terminal installations in Malaysia. (2) Subsection (1) applies whether or not the oil is being imported, and applies even if contributions are payable in respect of carriage of the same oil on a previous voyage. (3) Contributions shall also be payable to the Fund in respect of oil when first received in any installation in Malaysia after having been carried by sea and discharged in a port or terminal installation in any country which is not a Fund Convention country. (4) A person shall be liable to make contributions in respect of the oil received by him in any year if the oil so received in the year exceeds one hundred and fifty thousand tons. (5) The contributions payable by a person for any year shall— (a) be of such amount as may be determined by the Assembly of the Fund under Article 12 of the Fund Convention and notified to him by the Fund; (b) be payable in such instalments, becoming due at such times, as may be so notified to him, and if any amount due from him remains unpaid after the date on which it became due, it shall from then on bear interest, at a rate determined from time to time by the said Assembly, until it is paid. (6) The Minister may, by regulations, impose on persons who are or may be liable to pay contributions under this section, obligations to give security for payment to the Director of Marine or to the Fund, and regulations under this subsection— (a) may contain such supplemental or incidental provisions as appear to the Minister expedient; and (b) may impose penalties for contravention of the regulations punishable by a fine not exceeding ten thousand ringgit. (7) In this section, and section 18 and 19 unless the context otherwise requires— “oil” means crude oil and fuel oil, and— (a) “crude oil” means any liquid hydrocarbon mixture occurring naturally in the earth whether or not treated to render it suitable for transportation, and includes— (i) crude oils from which distillate fractions have been removed; and (ii) crude oils to which distillate fractions have been added; (b) “fuel oil” means heavy distillates or residues from crude oil or blends of such materials intended for use as a fuel for the production of heat or power of a quality equivalent to the “American Society for Testing and Materials’ Specification for Number Four Fuel Oil (Designation D 396-69)”, or heavier.

Malay text (authoritative)

Caruman oleh orang yang menerima minyak

(1) Caruman hendaklah kena dibayar setiap tahun kepada Kumpulan Wang berkenaan dengan minyak yang diterima melalui laut di pelabuhan atau pepasangan pangkalan di Malaysia. (2) Subseksyen (1) terpakai sama ada minyak itu diimport atau tidak, dan terpakai walaupun caruman kena dibayar berkenaan dengan pengangkutan minyak yang sama dalam pelayaran yang sebelumnya. (3) Caruman hendaklah juga kena dibayar kepada Kumpulan Wang berkenaan dengan minyak apabila pertama kali diterima di manamana pepasangan di Malaysia selepas dibawa melalui laut dan dipunggah turun di sesuatu pelabuhan atau pepasangan pangkalan di mana-mana negara yang bukan negara Konvensyen Kumpulan Wang. (4) Seseorang bertanggungan untuk membuat caruman berkenaan dengan minyak yang diterima olehnya dalam mana-mana tahun jika minyak yang diterima sedemikian dalam tahun itu melebihi satu ratus lima puluh ribu tan. (5) Caruman yang kena dibayar oleh seseorang bagi mana-mana tahun— (a) ialah apa-apa amaun yang ditentukan oleh Perhimpunan Kumpulan Wang di bawah Perkara 12 Konvensyen Kumpulan Wang dan diberitahu kepadanya oleh Kumpulan Wang; (b) hendaklah kena dibayar mengikut apa-apa ansuran, yang genap masa pada bila-bila masa yang diberitahu sedemikian kepadanya, dan jika apa-apa amaun yang kena dibayar olehnya masih belum dibayar selepas tarikh yang ia genap masa, ia hendaklah selepas itu dikenakan bunga, pada kadar yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Perhimpunan tersebut, sehingga ia dibayar. (6) Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, mengenakan ke atas orang yang bertanggungan atau mungkin bertanggungan membayar caruman di bawah seksyen ini, obligasi untuk memberi cagaran bagi pembayaran kepada Pengarah Laut atau kepada Kumpulan Wang, dan peraturan-peraturan di bawah subseksyen ini— (a) boleh mengandungi apa-apa peruntukan tambahan atau sampingan yang didapati suai manfaat oleh Menteri; dan (b) boleh mengenakan penalti bagi pelanggaran peraturanperaturan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. (7) Dalam seksyen ini, dan seksyen 18 dan 19 melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “minyak” ertinya minyak mentah dan minyak bahan api, dan— (a) “minyak mentah” ertinya apa-apa campuran hidrokarbon cecair yang terjadi secara semula jadi di dalam bumi sama ada diproses atau tidak untuk menjadikannya sesuai bagi pengangkutan, dan termasuklah— (i) minyak mentah yang daripadanya bahagian sulingan telah dibuang; dan (ii) minyak mentah yang kepadanya bahagian sulingan telah ditambah; (b) “minyak bahan api” ertinya sulingan berat atau baki daripada minyak mentah atau campuran bahan sedemikian yang dimaksudkan untuk digunakan sebagai bahan api bagi pengeluaran haba atau kuasa yang mutunya setara dengan “Pertubuhan Amerika bagi Pengujian dan Spesifikasi Bahan bagi Minyak Bahan Api Nombor Empat (Penetapan D396- 69)”, atau lebih berat.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 515 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next