My bookmarksSign up free
← Public Trust Corporation Act 1995

Public Trust Corporation Act 1995 s 2

Public Trust Corporation Act 1995 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “trust” includes an executorship or administratorship; and “trustee” shall be construed accordingly; “rights” means all rights, powers, privileges and immunities, whether actual, contingent or prospective; “property” includes all property, movable or immovable, and all estates, interests, easement and rights, whether equitable or legal in, to or out of property, chose in action, money and goodwill; “trust property” includes all property in the possession or under the control, wholly or partly, of the Corporation by virtue of any trust; “estate” means any property administered, held, managed or controlled by the Corporation whether as trustee or administrator or as guardian, receiver, receiver and manager, liquidator or attorney, or in any other capacity; “Common Fund” means the Common Fund formed under section 25; “Group Investment Fund” or “Fund” means a Group Investment Fund formed under section 30; “liabilities” means liabilities, debts, charges, duties and obligations of every description (whether present or future, actual or contingent, and whether payable or to be observed or performed in Malaysia or elsewhere); “Court” means the High Court or a Judge of such Court and includes, in cases where any of them is empowered to act, the Registrar, Deputy Registrars, Senior Assistant Registrars and Assistant Registrars of the High Court; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for the administration of trusts and estates; *“Official Administrator” means the Official Administrator, Malaysia, appointed under the Probate and Administration Act 1959 [Act 97]; “Public Trustee” means the Public Trustee, Malaysia, appointed under the Public Trustee Act 1950 [Act 247]; “administrator” means a person to whom letters of administration is granted; “administration” means the administration of the estate of a deceased person by an executor or administrator; *“Corporation” means the corporation under the name of Amanah Raya Berhad incorporated under the Companies Act 1965 [Act 125] pursuant to section 3; “probate” means a grant under the seal of the Court authorizing the executor or executors named therein to administer the testator’s estate; “letters of administration” means letters of administration of the estate and effects of a deceased person, whether general or with a will annexed; “intestate” includes a person who leaves a will but dies intestate as to some beneficial interest in his property; “appointed date” means the date or dates of coming into force of all or any of the provisions of this Act under subsection 1(2); “vested”, in relation to property, includes rights to property which are future or contingent and rights in reversion and remainder; “executor” means a person to whom the execution of the last will of a deceased person is, by the testator’s appointment, confided. *NOTE—All references to the term “Official Administrator” in the Probate and Administration Act 1959 [Act 97] has been replaced by the term “Corporation”—see sections 2 and 3 of Act A912 and also subsection 43(3) of this Act.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “amanah” termasuklah pewasian atau hal tadbir; dan “pemegang amanah” hendaklah ditafsirkan sewajarnya; “hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif; “harta” termasuk segala harta, alih atau tak alih, dan segala harta pusaka, kepentingan, isemen dan hak, sama ada secara ekuiti atau di sisi undang-undang dalam, kepada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; “harta amanah” termasuklah segala harta dalam milik atau di bawah kawalan, keseluruhannya atau sebahagiannya, Perbadanan menurut kuasa apa-apa amanah; “harta pusaka” ertinya apa-apa harta yang ditadbirkan, dipegang, diuruskan atau dikawal oleh Perbadanan sama ada sebagai pemegang amanah atau pentadbir atau penjaga, penerima, penerima dan pengurus, pelikuidasi atau wakil, atau atas apa-apa sifat lain; “Kumpulan Wang Bersama” ertinya Kumpulan Wang Bersama yang dibentuk di bawah seksyen 25; “Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan” atau “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pelaburan Kumpulan yang dibentuk di bawah seksyen 30; “liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi (sama ada masa kini atau pada masa hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain); “Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah itu dan termasuklah, dalam hal jika mana-mana daripada mereka diberikan kuasa untuk bertindak, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran amanah dan harta pusaka; *“Pegawai Pentadbir Pusaka” ertinya Pegawai Pentadbir Pusaka, Malaysia, yang dilantik di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97]; “Pemegang Amanah Raya” ertinya Pemegang Amanah Raya, Malaysia, yang dilantik di bawah Akta Pemegang Amanah Raya 1950 [Akta 247]; “pentadbir” ertinya seseorang yang kepadanya surat kuasa mentadbir diberikan; “pentadbiran” ertinya pentadbiran harta pusaka orang yang mati oleh seseorang wasi atau pentadbir; **“Perbadanan” ertinya perbadanan di bawah nama Amanah Raya Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 menurut seksyen 3 [Akta 125]; “probet” ertinya suatu pemberian di bawah meterai Mahkamah yang memberi kuasa wasi atau wasi-wasi yang dinamakan dalamnya untuk mentadbirkan harta pusaka pewasiat; “surat kuasa mentadbir” etinya surat kuasa mentadbir harta pusaka dan barang orang yang mati, sama ada am atau dengan wasiat terlampir; “tidak berwasiat” termasuklah seseorang yang meninggalkan wasiat tetapi mati tidak berwasiat tentang apa-apa kepentingan benefisial mengenai hartanya; “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh atau tarikh-tarikh mula berkuat kuasanya kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini di bawah subseksyen 1(2); “terletak hak”, berhubungan dengan harta, termasuk hak mengenai harta yang masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian dan lebihan; “wasi” ertinya seseorang yang kepadanya pelaksanaan wasiat terakhir orang yang mati telah diamanatkan, melalui pelantikan pewasiat. *CATATAN—Semua rujukan kepada terma “Pegawai Tadbir Pusaka” dalam Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97] telah digantikan dengan terma “Perbadanan”–lihat seksyen 2 dan 3 Akta A912 dan juga, subseksyen 43(3) Akta ini. **CATATAN—“Perbadanan” sebelum ini dikenali sebagai “Pegawai Tadbir Pusaka”–lihat seksyen 3 dan subseksyen 43(3) Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 532 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 September 2010 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next