My bookmarksSign up free
← Evidence Act 1950

Evidence Act 1950 s 43

Evidence Act 1950 s 43

s 43 Judgments, etc., other than those mentioned in sections 40 to 42 when relevant

Judgments, orders or decrees other than those mentioned in sections 40, 41 and 42 are irrelevant unless the existence of such judgment, order or decree is a fact in issue or is relevant under some other provision of this Act. ILLUSTRATIONS (a) A and B separately sue C for a libel which reflects upon each of them. C in each case says that the matter alleged to be libellous is true, and the circumstances are such that it is probably true in each case or in neither. A obtains a decree against C for damages on the ground that C failed to make out his justification. The fact is irrelevant as between B and C. (b) A prosecutes B under section 498 of the Penal Code for enticing away C, A’s wife. B denies that C is A’s wife, but the court convicts B. Afterwards C is prosecuted for bigamy in marrying B during A’s lifetime. C says that she never was A’s wife. The judgment against B is irrelevant as against C. (c) A has obtained a decree for the possession of land against B. C, B’s son, murders A in consequence. The existence of the judgment is relevant as showing motive for a crime. (d) A is charged with theft and with having been previously convicted of theft. The previous conviction is relevant as a fact in issue. (e) A is tried for the murder of B. The fact that B prosecuted A for libel and that A was convicted and sentenced is relevant under section 8 as showing the motive for the fact in issue.

Malay text (authoritative)

Bila penghakiman, dsb., selain yang disebut dalam seksyen 40 hingga 42, berkaitan

Penghakiman, perintah atau dekri, yang selain yang disebut dalam seksyen 40, 41 dan 42 adalah tidak berkaitan melainkan jika kewujudan penghakiman, perintah atau dekri itu ialah suatu fakta persoalan atau yang berkaitan di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini. (a) A dan B secara berasingan membawa guaman terhadap C kerana suatu libel yang menyentuh setiap seorang daripada mereka. Dalam setiap kes itu C mengatakan bahawa perkara yang dikatakan sebagai libel itu adalah benar, dan hal keadaannya sebegitu rupa sehinggakan boleh dianggap bahawa perkara itu barang kali benar dalam setiap kes itu ataupun tidak benar dalam mana-mana kes itu. A mendapat suatu dekri terhadap C bagi ganti rugi atas alasan bahawa C telah tidak berjaya membuktikan perbuatannya berjustifikasi. Fakta itu tidaklah berkaitan dalam kes antara B dengan C. (b) A mendakwa B di bawah seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana memujuk lari C, iaitu isteri A. B menafikan bahawa C ialah isteri A, tetapi mahkamah mensabitkan B. Kemudiannya C didakwa kerana bigami oleh sebab berkahwin dengan B semasa A masih hidup. C mengatakan bahawa dia tidak pernah menjadi isteri A. Penghakiman terhadap B itu tidaklah berkaitan terhadap C. (c) A telah mendapat suatu dekri terhadap B bagi pemilikan tanah. Oleh sebab itu C, iaitu anak B, membunuh A. Kewujudan penghakiman itu adalah berkaitan sebagai menunjukkan motif bagi sesuatu jenayah. (d) A dipertuduh atas kesalahan mencuri dan kerana dahulunya telah disabitkan atas kesalahan mencuri. Sabitan dahulu itu adalah berkaitan sebagai suatu fakta persoalan. (e) A dibicarakan kerana membunuh B. Fakta bahawa B telah mendakwa A kerana libel dan bahawa A telah disabitkan dan dihukum adalah berkaitan di bawah seksyen 8 sebagai menunjukkan motif bagi fakta persoalan itu.

Read this section in the full act → · Open Chapter II →

Find Act 56 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next