Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 s 58
s 58 Power to require attendance of witnesses
(1) A Religious Enforcement Officer making an investigation under this Chapter may, by order in writing, require the attendance before himself of any person being within the Federal Territory
in which he is making an investigation who, from the information given or otherwise, appears to be acquainted with the circumstances of the case, and such person shall attend as so required.
(2) If any such person refuses to attend as so required, such Religious Enforcement Officer may report such refusal to a Judge who may thereupon in his discretion issue a warrant to secure the attendance of such person as required by the Religious Enforcement Officer.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk menghendaki kehadiran saksi
(1) Seseorang Pegawai Penguat Kuasa Agama yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini boleh, melalui perintah bertulis, menghendaki supaya hadir di hadapannya mana-mana orang yang berada di dalam Wilayah Persekutuan di mana dia sedang membuat suatu penyiasatan yang, daripada maklumat yang diberikan atau selainnya, didapati mengetahui hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.
(2) Jika mana-mana orang itu enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, Pegawai Penguat Kuasa Agama itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Hakim yang boleh sesudah itu menurut budi bicaranya mengeluarkan waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama itu.
Read this section in the full act β Β· Open Part IV β
Find Act 560 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).