My bookmarksSign up free
← Layout-Designs of Integrated Circuits Act 2000

Layout-Designs of Integrated Circuits Act 2000 s 13

Layout-Designs of Integrated Circuits Act 2000 s 13

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

s 13 Actions for infringement

(1) Subject to this Act, a right holder may bring an action for an infringement of his rights in a protected layout-design. (2) Subject to this Act, the relief that the High Court may grant in an action under subsection (1) includes an injunction and the High Court may impose such terms on the grant of the injunction as the High Court considers fit. (3) In addition to the injunction granted under subsection (2), the High Court may, subject to this Act, make an order for damages or an account of profits or such other relief as the High Court considers fit. (4) If, in an action for an infringement of rights in a protected layout-design, it is established that an infringement was committed but that at the time of the infringement the defendant was not aware or had no reasonable grounds for suspecting that the act constituting the infringement was an infringement, the plaintiff shall not be entitled to any damages against the defendant in respect of the infringement but shall be entitled to an account of profits in respect of the infringement, whether any other relief is granted or not. (5) In any action in which damages may be awarded, the High Court may, having regard to all of the circumstances of the case including the flagrancy of the infringement and any benefit shown to have accrued to the defendant by reason of the infringement, award additional damages.

Malay text (authoritative)

(1) Tertakluk kepada Akta ini, pemegang hak boleh membawa tindakan kerana pelanggaran haknya mengenai reka bentuk susun atur terlindung. (2) Tertakluk kepada Akta ini, relief yang boleh diberikan oleh Mahkamah Tinggi dalam tindakan di bawah subseksyen (1) termasuklah injunksi dan Mahkamah Tinggi boleh mengenakan apa-apa terma atas pemberian injunksi itu yang didapati patut oleh Mahkamah Tinggi. (3) Sebagai tambahan kepada injunksi yang diberikan di bawah subseksyen (2), Mahkamah Tinggi boleh, tertakluk kepada Akta ini, membuat suatu perintah bagi ganti rugi atau pemberian penyata mengenai keuntungan atau apa-apa relief lain yang didapati patut oleh Mahkamah Tinggi. (4) Jika, dalam sesuatu tindakan kerana pelanggaran hak dalam reka bentuk susun atur terlindung, adalah dibuktikan bahawa suatu pelanggaran telah dilakukan tetapi bahawa pada masa pelanggaran itu defendan tidak menyedari atau tidak mempunyai apa-apa alasan munasabah untuk mengesyaki bahawa perbuatan yang merupakan pelanggaran itu ialah suatu pelanggaran, plaintif tidak berhak mendapat apa-apa ganti rugi daripada defendan berkenaan dengan pelanggaran itu tetapi hendaklah berhak mendapat penyata mengenai keuntungan berkenaan dengan pelanggaran itu, sama ada apa-apa relief lain diberikan atau tidak. (5) Dalam mana-mana tindakan yang dalamnya ganti rugi mungkin diawardkan, Mahkamah Tinggi boleh, dengan mengambil kira segala hal keadaan kes itu termasuk perihal berterangterangannya pelanggaran itu dan apa-apa manfaat yang ditunjukkan telah terakru kepada defendan oleh sebab pelanggaran itu, mengawardkan ganti rugi tambahan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 601 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next