My bookmarksSign up free
← Companies Commission of Malaysia Act 2001

Companies Commission of Malaysia Act 2001 s 30

Companies Commission of Malaysia Act 2001 s 30

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 30 Preparation of estimates

(1) The expenditure of the Commission up to such amount as may be authorized by the Commission for any one year shall be defrayed out of the Fund. (2) Before the beginning of each financial year, an estimate of the expenditure for the following financial year in such form and containing such particulars as the Minister may direct shall be submitted by the Commission to the Minister for his approval, and the Minister shall, before the beginning of that following financial year, notify the Commission of the amount authorized for expenditure generally or of the amounts authorized for each description of expenditure. (3) The Commission may, at any time, submit to the Minister a supplementary estimate for any one financial year and the Minister may allow the whole or any part of the additional expenditure included in it.

Malay text (authoritative)

Penyediaan anggaran

(1) Perbelanjaan Suruhanjaya setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Suruhanjaya bagi mana-mana satu tahun kewangan hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang. (2) Sebelum permulaan setiap tahun kewangan, suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun kewangan yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri hendaklah dikemukakan oleh Suruhanjaya kepada Menteri untuk kelulusannya, dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun kewangan yang berikutnya, memberitahu Suruhanjaya tentang amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau tentang amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan. (3) Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kewangan dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 614 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next