My bookmarksSign up free
← Skills Development Fund Act 2004

Skills Development Fund Act 2004 s 24

Skills Development Fund Act 2004 s 24

s 24 Disclosure of interest

(1) Any member of the Board or any member of a committee who has or who acquires a direct or indirect interest by himself, through a member of his family or through his associate in relation to any matter under discussion by the Board or the committee shall disclose to the Board or committee, as the case may be, the fact of his interest and the nature of that interest. (2) A disclosure under subsection (1) shall be recorded in the minutes of the meeting of the Board or the committee, as the case may be, in which the matter is discussed, and after the disclosure, when the matter is discussed or decided upon, the member— (a) shall be disregarded for the purpose of constituting a quorum of the meeting of the Board or committee; and (b) shall not take part in or be present during any discussion or decision of the Board or committee. (3) No act or proceeding of the Board or committee shall be invalidated on the ground that any member of the Board or committee has contravened the provisions of this section. (4) For the purpose of this section— (a) “a member of his family”, in relation to a member of the Board or a committee, means— (i) his spouse; (ii) his parent (including a parent of his spouse); (iii) his child (including an adopted child or stepchild); (iv) his brother or sister (including a brother or sister of his spouse); and (v) a spouse of his child, brother or sister; and (b) “associate”, in relation to a member of the Board of the Corporation or a member of committee, means— (i) any person who is a nominee or an employee of such member; (ii) any firm of which such member of any nominee of his is a partner; (iii) a partner of such member; (iv) a trustee of a trust under which such member or a member of his family is a beneficiary; or (v) any corporation, within the meaning of the Companies Act 1965, of which such member or any nominee of his or a member of his family is a director or has a controlling interest or shares to the total value of not less than thirty percent of the total issued capital of the corporation.

Malay text (authoritative)

Penzahiran kepentingan

(1) Mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana anggota jawatankuasa yang mempunyai atau yang memperoleh kepentingan langsung atau tidak langsung dengan sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan manamana perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa itu, hendaklah menzahirkan kepada Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu. (2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan, dan selepas penzahiran itu, semasa perkara itu dibincang atau diputuskan, anggota itu— (a) tidak boleh dikira bagi maksud membentuk suatu kuorum mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa; dan (b) tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam manamana perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa itu. (3) Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau anggota jawatankuasa telah melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini. (4) Bagi maksud seksyen ini— (a) “anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasa, ertinya— (i) suami atau isterinya; (ii) ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya); (iii) anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri); (iv) adik beradiknya (termasuk adik beradik suami atau isterinya); dan (v) suami atau isteri anaknya atau adik beradiknya; dan (b) “sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Lembaga Perbadanan atau sesuatu jawatankuasa, ertinya— (i) mana-mana orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu; (ii) mana-mana firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya; (iii) pekongsi anggota itu; (iv) pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seseorang anggota keluarganya menjadi benefisiarinya; atau (v) mana-mana perbadanan, mengikut pengertian Akta Syarikat 1965, yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya menjadi pengarah atau mempunyai kepentingan kawalan atau syer yang jumlah nilainya tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah modal diterbitkan perbadanan itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 640 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next