My bookmarksSign up free
← National Heritage Act 2005

National Heritage Act 2005 s 112

National Heritage Act 2005 s 112

s 112 Offences in respect of heritage site

(1) No person shall, without the approval in writing of the Commissioner— (a) dig, construct, excavate, build, plant trees, quarry, irrigate, burn lime or deposit earth or refuse, on or in the heritage site or conservation area; (b) demolish, disturb, obstruct, modify, mark, pull down or remove any monument in any heritage site; (c) erect any building or structure abutting upon a monument in any heritage site; (d) destroy the relationship of a building and its environment that is incompatible with the character of the neighbourhood in any heritage site; (e) clear any area or interfere with, destroy or remove any tree, plant undergrowth, weed, grass or vegetation in any heritage site; or (f) do any activities or actions that would likely cause damage to the adjacent and surrounding land which have been registered as heritage site. (2) Any person who, without lawful authority, contravenes subsection (1) shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to imprisonment for a term not exceeding five years or to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to both. (3) Any person who has in his possession or custody or under his control, any material originating from the land which constitutes a natural heritage or cultural heritage, shall be presumed to have extracted, removed or transported or permitted the extraction, removal or transportation of natural heritage or cultural heritage without lawful authority. (4) Any person convicted of an offence under this section may be ordered to pay, in addition to any punishment, imposed under subsection (2), compensation equal to the value of the object and of anything damaged in the course of its extraction. (5) For the purposes of subsection (4), the value of any object shall, in the absence of evidence to the contrary, be deemed to be such amount as the Federal Government valuer may certify. (6) Any sum ordered to be paid under subsection (4) shall be recoverable as if it were a fine imposed on conviction.

Malay text (authoritative)

Kesalahan berkenaan dengan tapak warisan

(1) Tiada seorang pun boleh, tanpa kelulusan Pesuruhjaya secara bertulis— (a) mengorek, membina, menggali, membangun, menanam pokok, menguari, mengairi, membakar kapur atau mendeposit tanah atau sampah, di atas atau di tapak warisan atau kawasan pemuliharaan; (b) meroboh, mengganggu, menghalang, mengubah suai, menanda, meruntuhkan atau mengalih mana-mana monumen di mana-mana tapak warisan; (c) mendirikan apa-apa bangunan atau struktur bersebelahan dengan suatu monumen di dalam mana-mana tapak warisan; (d) memusnahkan perhubungan antara suatu bangunan dengan alam sekitarnya yang tidak selaras dengan ciri-ciri kejiranan di mana-mana tapak warisan; (e) membersihkan mana-mana kawasan atau mengganggu, memusnahkan atau mengalih mana-mana pokok, tumbuhan bawah, rumpai, rumput atau tumbuh-tumbuhan di mana-mana tapak warisan; atau (f) melakukan apa-apa aktiviti atau tindakan yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada tanah yang bersempadanan dan tanah di sekitarnya yang telah didaftarkan sebagai suatu tapak warisan. (2) Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau keduaduanya. (3) Mana-mana orang yang ada dalam milikan atau jagaannya atau di bawah kawalannya, apa-apa bahan yang berasal daripada tanah yang menjadi suatu warisan semula jadi atau warisan kebudayaan, hendaklah dianggap sebagai telah diekstrak, dialih atau diangkut atau dibenarkan pengekstrakan, pengalihan atau pengangkutan warisan semula jadi atau warisan kebudayaan itu tanpa kuasa yang sah. (4) Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh diperintahkan untuk membayar, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dikenakan di bawah subseksyen (2), pampasan yang bersamaan dengan nilai objek itu dan bagi apa-apa jua yang dirosakkan semasa pengekstrakannya. (5) Bagi maksud subseksyen (4), nilai apa-apa objek hendaklah, sekiranya tidak ada keterangan yang bertentangan, disifatkan sebagai apa-apa amaun sebagaimana yang diperakui oleh penilai Kerajaan Persekutuan. (6) Apa-apa jumlah yang diperintahkan untuk dibayar di bawah subseksyen (4) boleh didapatkan seolah-olah ia merupakan suatu denda yang dikenakan atas sabitan.

Read this section in the full act → · Open Part XV →

Find Act 645 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next