(1) The Commissioner may in his discretion approve or refuse any application for a licence to excavate.
(2) No licence under subsection (1) shall be approved unless the Commissioner is satisfied—
(a) that the owner of the land where the proposed excavation is to be made has consented to the excavation;
(b) that the proposed excavation will not cause any damage or inconvenience to persons residing in the vicinity of such land, or to any place used for religious purposes, or to any cemetery, school, water source or supply, irrigation or drainage works or public road, or that if any such damage is likely to be caused adequate provision has been made by the applicant for the payment of compensation; and
(c) that the applicant is able to furnish security for the due observance by him of any conditions imposed on the licence or any regulations as may be prescribed.
Malay text (authoritative)
Kelulusan atau penolakan lesen untuk menggali
(1) Pesuruhjaya boleh mengikut budi bicaranya meluluskan atau menolak apa-apa permohonan bagi lesen untuk menggali.
(2) Tiada lesen di bawah subseksyen (1) boleh diluluskan melainkan jika Pesuruhjaya berpuas hati—
(a) bahawa pemunya tanah tempat penggalian dicadangkan dibuat telah mengizinkan penggalian itu;
(b) bahawa penggalian yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan apa-apa kerosakan atau gangguan kepada orang yang tinggal berhampiran dengan tanah itu, atau kepada mana-mana tempat yang digunakan bagi maksud keagamaan, atau kepada mana-mana tanah perkuburan, sekolah, punca atau bekalan air, kerja-kerja pengairan atau saliran atau jalan awam, atau bahawa jika apa-apa kerosakan mungkin berlaku peruntukan yang mencukupi telah dibuat oleh pemohon bagi pembayaran pampasan; dan
(c) bahawa pemohon boleh memberi jaminan bagi pematuhan wajar olehnya apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen atau mana-mana peraturan sebagaimana yang ditetapkan.
Text as at 1 June 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).