Water Services Industry Act 2006 s 29
s 29 Furnishing of information
(1) Without prejudice to section 132, a licensee shall furnish the Commission with all such information relating to any matter which—
(a) is connected with the carrying out by the licensee of its licensed activities; or
(b) is material to the carrying out by the Commission of any of its powers under this Act or its subsidiary legislation,
as the Commission may require or as may be prescribed.
(2) The information required under this section shall be furnished in such form and manner, at such interval and be accompanied or supplemented by such explanations and supporting documents as the Commission may require or as may be prescribed.
(3) The information which a licensee is required to furnish to the Commission under this section may include information which, although the information is not in the possession of the licensee or would not otherwise come into the possession of the licensee, is information that the licensee can reasonably be required to obtain or compile.
(4) The Commission may require a licensee to appoint, at the licensee’s cost, an independent expert, with qualifications as may be specified by the Commission to conduct, audit or review any of the information which a licensee is required to furnish to the Commission under this section. The appointment and report of such an independent expert shall not relieve or derogate in any way the licensee’s liability under section 130.
(5) The Commission or its authorized officers or agents may at any time, as it deems necessary, conduct an audit on the business and activities of the licensee and the licensee shall take all necessary steps, at its own cost, to assist and facilitate the Commission or its authorized officers or agents in conducting the audit including to grant them access to its premises and documentation and information. The cost of the audit shall be borne by the Commission.
(6) A licensee who—
(a) fails to furnish any information as may be required by the Commission under subsection (1); or
(b) refuses to assist or facilitate, or obstructs, the Commission, its authorized officers or agents in conducting an audit under subsection (5),
commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit.
Malay text (authoritative)
Pemberian maklumat
(1) Tanpa menjejaskan seksyen 132, pemegang lesen hendaklah memberikan kepada Suruhanjaya segala maklumat yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang—
(a) berkaitan dengan penjalanan aktiviti berlesen oleh pemegang lesen; atau
(b) penting bagi penjalanan mana-mana kuasanya oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya,
sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya atau sebagaimana yang ditetapkan.
(2) Maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen ini hendaklah diberikan dalam apa-apa bentuk dan cara, pada apa-apa lat tempoh dan disertakan atau ditambah dengan apa-apa penerangan dan dokumen sokongan sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya atau sebagaimana yang ditetapkan.
(3) Maklumat yang pemegang lesen dikehendaki memberikan kepada Suruhanjaya di bawah seksyen ini boleh termasuk maklumat yang, walaupun maklumat itu tidak berada dalam milikan pemegang lesen itu atau tidak akan selainnya terdapat dalam milikan pemegang lesen itu, adalah maklumat yang pemegang lesen itu boleh dengan munasabahnya dikehendaki supaya mendapatkannya atau mengumpulkannya.
(4) Suruhanjaya boleh menghendaki pemegang lesen untuk melantik, atas kos pemegang lesen itu, seorang pakar bebas, dengan kelayakan yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk mengelolakan, mengaudit atau mengkaji semula apa-apa maklumat yang pemegang lesen dikehendaki memberikan kepada Suruhanjaya di bawah seksyen ini. Pelantikan dan laporan pakar bebas itu tidak melepaskan atau mengurangkan dengan apa cara sekali pun kebertanggungan pemegang lesen di bawah seksyen 130.
(5) Suruhanjaya atau pegawai diberi kuasa atau ejennya boleh pada bila-bila masa, sebagaimana yang disifatkannya perlu, menjalankan suatu audit ke atas perniagaan dan aktiviti pemegang lesen dan pemegang lesen itu hendaklah mengambil segala langkah perlu, atas kosnya sendiri, untuk membantu dan memudahkan Suruhanjaya atau pegawai diberi kuasa atau ejennya dalam menjalankan audit itu termasuk memberikan mereka akses kepada premis dan dokumentasinya dan maklumat. Kos audit itu hendaklah ditanggung oleh Suruhanjaya.
(6) Pemegang lesen yang—
(a) tidak memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1); atau
(b) enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang, Suruhanjaya, pegawai diberi kuasa atau ejennya dalam menjalankan audit di bawah subseksyen
(5),
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →
Find Act 655 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).