(1) An individual licensee shall submit a three year, or such other period as may be determined by the Commission, rolling business plan to the Commission updated on an annual basis or at such time as may be required by the Commission.
(2) The business plan shall detail out the following information:
(a) the individual licensee’s plan for the expansion, maintenance, repairs, upgrading, improvement, refurbishment or alteration of the public water supply system or public sewerage system and for constructing a new public water supply system or public sewerage system;
(b) the capital and operational expenses to be incurred for undertaking the activities specified in paragraph (2)(a);
(c) such other information as may be required or specified by the Commission.
(3) The Commission may approve, reject or require modifications to be made to the business plan submitted.
(4) The Commission shall inform the individual licensee of its decision under subsection (3) within ninety days from the date of complete submission of the business plan.
(5) It shall be the duty of the individual licensee to carry out the activities set out in the approved business plan for the first year of each rolling business plan.
(6) Any individual licensee who fails to comply with its duty under this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit.
Malay text (authoritative)
Pengemukaan rancangan perniagaan
(1) Pemegang lesen individu hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya suatu rancangan perniagaan boleh pinda tiga tahun, atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya, yang dikemaskinikan atas asas tahunan atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.
(2) Rancangan perniagaan itu hendaklah memperincikan maklumat yang berikut:
(a) rancangan pemegang lesen individu itu untuk memperbesar, menyenggarakan, membaiki, meningkatkan, memperbaik, membaikpulihkan atau mengubah sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam dan untuk membina suatu sistem bekalan air awam atau sistem pembetungan awam yang baru;
(b) perbelanjaan modal dan pengendalian yang dilakukan bagi mengusahakan aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan
(2)(a);
(c) apa-apa maklumat lain yang dikehendaki atau dinyatakan oleh Suruhanjaya.
(3) Suruhanjaya boleh meluluskan, menolak atau menghendaki ubah suaian dibuat kepada rancangan perniagaan yang dikemukakan.
(4) Suruhanjaya hendaklah memaklumkan pemegang lesen individu mengenai keputusannya di bawah subseksyen (3) dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh rancangan perniagaan itu dikemukakan dengan lengkap.
(5) Pemegang lesen individu mempunyai kewajipan untuk menjalankan aktiviti yang dinyatakan dalam rancangan perniagaan yang diluluskan itu bagi tahun pertama setiap rancangan perniagaan boleh pinda.
(6) Mana-mana pemegang lesen individu yang tidak mematuhi kewajipannya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).