(1) The Minister may, after considering the application for individual licence under section 6 and the further information or document provided under section 7 and having due regard to the recommendation of the Commission under section 8, grant the individual licence or refuse to grant the individual licence.
(2) If the Minister decides to grant an individual licence under subsection (1), he shall—
(a) require the individual licensee to pay the prescribed fees within the prescribed period;
(b) impose all the standard licence conditions of an individual licence as may be prescribed; and
(c) impose such special conditions as he thinks fit.
(3) The decision of the Minister to grant or not to grant an individual licence shall be communicated to the applicant by the Commission by written notice as soon as practicable.
(4) The written notice by the Commission under subsection (3) shall specify—
(a) in the case where the individual licence is granted, the fact of such grant and the requirements and conditions imposed under subsection (2); and
(b) in the case of a refusal to grant an individual licence, the fact of such refusal and the reason for the refusal.
Malay text (authoritative)
Pemberian atau keengganan memberikan lesen individu
(1) Menteri boleh, selepas menimbangkan permohonan untuk lesen individu di bawah seksyen 6 dan maklumat atau dokumen lanjut yang diberikan di bawah seksyen 7 dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya syor Suruhanjaya di bawah seksyen 8, memberikan lesen individu atau enggan untuk memberikan lesen individu.
(2) Jika Menteri memutuskan untuk memberikan lesen individu di bawah subseksyen (1), dia hendaklah—
(a) menghendaki pemegang lesen individu itu membayar fi yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan;
(b) mengenakan semua syarat lesen yang standard bagi suatu lesen individu sebagaimana yang ditetapkan; dan
(c) mengenakan apa-apa syarat khas yang difikirkannya patut.
(3) Keputusan Menteri untuk memberikan atau tidak memberikan lesen individu hendaklah disampaikan kepada pemohon oleh Suruhanjaya melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
(4) Notis bertulis oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (3) hendaklah menyatakan—
(a) dalam hal jika lesen individu diberikan, hakikat mengenai pemberian itu dan kehendak dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2); dan
(b) dalam hal suatu keengganan untuk memberikan lesen individu, hakikat mengenai keengganan itu dan sebab bagi keengganan itu.
Text as at 1 August 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).