Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 s 17
This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 17 Duties of developer as to Building Maintenance Account
(1) A developer shall deposit into the Building Maintenance Account—
(a) all charges received by him from the purchasers in the development area for the maintenance and management of the common property of the development area; and
(b) all charges for the maintenance and management of the common property to be paid by the developer in respect of those parcels in the development area which have not been sold, being a sum equivalent to the maintenance charges payable by the purchasers to the developer had the parcels been sold.
(2) The developer shall—
(a) cause proper accounts of the Building Maintenance Account to be kept in respect of all sums of money received from and all payments made out of the Building Maintenance Account;
(b) appoint a professional auditor to audit the Building Maintenance Account annually or in the case of where money is to be transferred under subsection 19(3), one month before the date of actual transfer;
(c) file with the Commissioner a copy of the statement of accounts certified by the auditors and a copy of the auditor’s report within fourteen days of the accounts being audited; and
(d) permit the Commissioner or any person authorized by the Commissioner in writing to act on its behalf full and free access to the accounting and other records of the Building Maintenance Account and to make copies or extracts of those accounting or other records.
(3) The Commissioner shall have the right to appoint an approved company auditor to investigate the books, accounts and transactions of a Building Maintenance Account and the developer shall pay all the expenses incurred for that purpose.
(4) The developer shall, upon the completion of a building and until the Body is established, insure and keep insured the building against any loss of the building and against fire and other risks.
(5) The developer shall furnish to the Commissioner or any public authority as may be specified by the Minister such returns, reports, accounts and information with respect to its activities and finances as the Commissioner or Minister may, from time to time, require or direct.
(6) The returns, reports, accounts and information shall be in such form as the Commissioner or Minister may, from time to time, specify.
(7) A developer who fails to comply with this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than ten thousand ringgit but not more than one hundred thousand ringgit and shall also be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit for every day during which the offence is continued after conviction.
Malay text (authoritative)
Kewajipan pemaju tentang Akaun Penyenggaraan Bangunan
(1) Seseorang pemaju hendaklah mendepositkan ke dalam Akaun Penyenggaraan Bangunan—
(a) segala caj yang diterima olehnya daripada pembeli dalam kawasan pemajuan bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama kawasan pemajuan itu; dan
(b) segala caj bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama yang hendaklah dibayar oleh pemaju berkenaan dengan petak-petak dalam kawasan pemajuan yang tidak terjual, yang merupakan suatu jumlah wang yang bersamaan dengan caj penyenggaraan yang kena dibayar oleh pembeli kepada pemaju sekiranya petak-petak itu dijual.
(2) Pemaju hendaklah—
(a) menyebabkan akaun sepatutnya bagi Akaun Penyenggaraan Bangunan disimpan berkenaan dengan segala jumlah wang yang diterima daripada dan segala pembayaran yang dibuat daripada Akaun Penyenggaraan Bangunan;
(b) melantik seorang juruaudit profesional untuk mengaudit Akaun Penyenggaraan Bangunan setiap tahun atau dalam hal jika wang dipindahkan di bawah subseksyen 19(3), satu bulan sebelum tarikh pemindahan sebenar;
(c) memfailkan suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit dalam masa empat belas hari dari pengauditan akaun itu dengan Pesuruhjaya; dan
(d) membenarkan Pesuruhjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pesuruhjaya secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya akses penuh dan bebas kepada rekod pengakaunan dan rekod lain Akaun Penyenggaraan Bangunan dan untuk membuat salinan atau cabutan rekod pengakaunan itu atau rekod lain.
(3) Pesuruhjaya hendaklah mempunyai hak untuk melantik seorang juruaudit syarikat yang diluluskan untuk menyiasat buku, akaun dan urus niaga sesuatu Akaun Penyenggaraan Bangunan dan pemaju hendaklah membayar segala perbelanjaan yang dilakukan bagi maksud itu.
(4) Pemaju hendaklah, apabila sesuatu bangunan disiapkan dan sehingga Badan ditubuhkan, menginsuranskan dan terus menginsuranskan bangunan itu terhadap apa-apa kerosakan bangunan dan terhadap kebakaran serta risiko lain.
(5) Pemaju hendaklah memberi Pesuruhjaya atau manamana pihak berkuasa awam sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktiviti dan kewangannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan dari semasa ke semasa oleh Pesuruhjaya atau Menteri.
(6) Penyata, laporan, akaun dan maklumat hendaklah mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya atau Menteri, dari semasa ke semasa.
(7) Seseorang pemaju yang gagal mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit dan juga boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 663 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).