My bookmarksSign up free
← Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007

Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 s 38

Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 s 38

This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.

s 38 Power of entry

(1) The Commissioner or any authorized person may, at all reasonable times, after notice has been given, enter, any building, land or premises for the purpose of— (a) carrying out an inspection or investigation to determine whether any offence under this Act has been committed and may seize under this Act any books, accounts or documents; and (b) executing any work required to be executed by the local authority in respect of which a notice has been issued under this Act and there has been a default in complying with that notice. (2) No building or premises which are not vacant shall be entered under this section unless the occupier or a representative of the occupier is present during the entry. (3) No private dwelling shall be entered by virtue of this section except with the consent of the purchaser or after giving twenty-four hours notice to the occupier. (4) Notwithstanding subsections (1), (2) and (3), the Commissioner or any authorized person may, at all reasonable times, enter any building, land or premises for the purpose of executing any urgent repair or work to the building, land or premises. (5) Any person who assaults, obstructs, hinders or delays the Commissioner or any authorized person in effecting any entry which he is entitled to effect under this Act, or in the execution of any duty imposed or power conferred by this Act commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one month or to both. (6) For the purposes of this section and section 39, “authorized person” means any person authorized in writing by the Commissioner.

Malay text (authoritative)

Kuasa masuk

(1) Pesuruhjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa boleh, pada masa yang munasabah, selepas notis diberikan, memasuki mana-mana bangunan, tanah atau premis bagi maksud— (a) menjalankan pemeriksaan atau penyiasatan untuk menentukan sama ada apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan boleh menyita apa-apa buku, akaun atau dokumen di bawah Akta ini; dan (b) menjalankan apa-apa kerja yang dikehendaki dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan dengannya suatu notis telah dikeluarkan di bawah Akta ini dan terdapat keingkaran dalam mematuhi notis itu. (2) Tiada bangunan atau premis yang tidak kosong boleh dimasuki di bawah seksyen ini melainkan jika penghuni atau wakil penghuni itu hadir semasa kemasukan itu. (3) Tiada kediaman persendirian boleh dimasuki menurut kuasa seksyen ini kecuali dengan keizinan pembeli atau selepas memberikan notis dua puluh empat jam kepada penghuni itu. (4) Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), Pesuruhjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa boleh, pada segala masa yang munasabah, memasuki mana-mana bangunan, tanah atau premis bagi maksud menjalankan apa-apa pembaikan atau kerja segera kepada bangunan, tanah atau premis itu. (5) Mana-mana orang yang mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan Pesuruhjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa dalam melaksanakan apa-apa kemasukan yang dia berhak untuk melaksanakannya di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa tugas yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya. (6) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 39, “orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pesuruhjaya.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 663 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next