Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 s 39
Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 s 39
This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 39 Examination of person acquainted with case
(1) The Commissioner or authorized person, when exercising the power of investigation under section 38, may examine orally any person supposed to be acquainted with the facts and circumstances of the case.
(2) The person examined by the Commissioner or any authorized person shall be legally bound to answer all questions relating to the case put to him by the Commissioner or authorized person, but such person may refuse to answer any question the answer to which would have a tendency to expose him to a criminal charge or penalty or forfeiture.
(3) A person making a statement under this section shall be legally bound to state the truth, whether or not such statement is made wholly or partly in answer to questions.
(4) The Commissioner or authorized person examining a person under this section shall first inform that person of the provisions of subsections (2) and (3).
(5) A statement made by a person under this section shall, whenever possible, be reduced into writing and signed by the person making it or affixed with his thumb print after it has been read to him in the language in which he made it and he has been given an opportunity to make any corrections he may wish.
Malay text (authoritative)
Pemeriksaan orang yang tahu tentang kes
(1) Pesuruhjaya atau orang yang diberi kuasa, apabila menjalankan kuasa penyiasatan di bawah seksyen 38, boleh secara lisan memeriksa mana-mana orang yang dijangka tahu tentang fakta dan hal keadaan kes itu.
(2) Orang yang diperiksa oleh Pesuruhjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh Pesuruhjaya atau orang yang diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab apaapa soalan yang jawapannya cenderung untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
(3) Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhan atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan.
(4) Pesuruhjaya atau orang yang diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah seksyen ini hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).
(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, seboleh-bolehnya, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap jari ibunya selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dibuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Text as at 1 November 2012 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).